TIPS MENGHADAPI BANJIR.

Post 36 of 224

Assalamualaikum…

Sekarang cuaca sejuk, malam-malam hujan lebat. Kepada kawan-kawan yang kediaman atau kawasan yang ada situasi banjir setiap kali hujan lebat.

Pastikan kalian sentiasa mendengar nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Sekiranya perlu untuk berpindah ke pusat-pusat pemindahan, pindahlah untuk keselamatan kita dan anak-anak juga.

Persiapan menghadapi banjir, sya tak pernah alaminya. Tapi, pernah merasa banjir kilat semasa di rumah arwah atok dulu. Tengah-tengah makan air naik dengan pantas, sehingga ke paras lutut. Masa tu kecil lagi, punya syok dapat main air dalam rumah.

Ehh… dah melalut…

Pertama, korang dah kena sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dari sekarang. Jadi, nanti bila kena pindah tak adalah kelam kabut sangat. Barang keperluan letakkan di suatu sudut bersama dokumen penting.

Kedua, kalau ada anak kecil sediakan makanan yang senang disediakan untuk mereka. Biasalah budak-budak mana boleh nak tahan kalau diorang lapar.

Ketiga, bekalan air bersih untuk kegunaan kita sekeluarga seperti memasak dan untuk minuman seharian. Nanti tak lah tercari-cari air nak minum.

Keempat, supplement atau vitamin semulajadi. Yang ni penting, ini kerana ketika banjir banyak penyakit berjangkit akan menular. Kena bersedia untuk meningkatkan imun badan kita dan anak-anak.

Kelima, cari dan gunakanlah bahan pencuci yang bebas bahan kimia dan selamat untuk digunakan.

Sekarang, masih sempat untuk membuat persiapan bagi menghadapi banjir. Jangan lupa, ikut arahan pihak berkuasa tempatan supaya kita tidak tertinggal. Jaga keselamatan diri dan keluarga.

 

Pengedar Shaklee Putrajaya

016.225.4805

photogrid_1479368671377.png

 

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

MENU