TIPS MENEGANGKAN KULIT MUKA SECARA SEMULAJADI….

Post 80 of 224

Assalamualaikum w.b.t…

Apa khabar hari ni….

Perawatan kulit muka boleh dilakukan di spa atau pusat kecantikan, tapi boleh juga dilakukan di rumah dengan menggunakan bahan-bahan alami yang kebanyakkannya terdapat di dapur.

Manfaatkan bahan tersebut untuk merawat kulit muka agar kekal tegang dan awet muka. Malah jika dilakukan secara konsisten, korang bakal menikmati kebaikan alam semulajadi.

Jom cuba!

Kombinasi Putih Telur dan Madu

Ambil sebiji telur ayam, seelok-eloknya telur ayam kampung. Ambil telur putih sahaja. Campurkan 2 sudu madu dan gaul sebati. Jadikan masker. Sapukan rata pada seluruh wajah dan leher. Biarkan selama lebih kurang 15 minit ke 20 minit, bilas dengan air suam. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, bilas dengan air suam yang dicampur perahan limau nipis. Selain berfungsi untuk mengekang penuaan ianya juga boleh mencerahkan kulit dan merawat resdung.

Kulit Pisang

Ambil kulit pisang emas yang sudah masak, gosok bahagian kulit pisang pada kulit muka secara perlahan-lahan. Biarkan ia kering dan bilas dengan air bersih. Amalkan dua hingga 3 kali seminggu. Hasilnya kulit semakin cantik dan parut beransur pudar.

Lendir Lidah Buaya

Sapukan lendir lidah buaya pada seluruh kulit muka dan leher. Biarkan sehingga kering, bilas dengan air sejuk. Lendir lidah buaya bukan sahaja menganjalkan kulit muka tetapi juga membantu mengecutkan jerawat. Tetapi, awas ye. Jangan sehingga terkena duri dan kulit lidah buaya pada kulit muka kerana ia boleh menyebabkan kecederaan dan gatal-gatal.

Susu Segar

Sapukan pada seluruh wajah dengan susu segar atau susu tepung, biarkan kering. Kemudian bilas dengan air suam. Buat sekerap yang mungkin untuk mendapatkan hasil yang diharapkan.

PhotoGrid_1472928580418

Timun dan Tepung Ubi Kayu

Sagat timun sehingga lumat, kemudian campurkan dengan tepung ubi kayu bersama sedikit air. Kacau sehingga rata tapi jangan terlalu cair. Jadikan sebagai masker dan sapu pada kulit muka. Biarkan sehingga kering. Kemudian bilas dengan air suam. Ramuan ini mampu mencerah dan menegangkan kulit yang kendur malah tepung ubi kayu dan timun juga menyegarkan kulit kusam.

 

 

Jus Pegaga dan Lobak Merah Rawat Dari Dalam

Amalkan minum jus campuran lobak merah dan pegaga untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri.

Atau cara penyelesaian cara moden untuk mereka yang selalu sibuk…

Set Cantik Shaklee

Apa yang set cantik Shaklee boleh bantu korang yang ada masalah dengan kulit muka.

Sya rasa mesti ramai nak kulit wajah atau kulit muka yang putih, cantik berseri dan halus bersih. Betul kan?

Nanti kita sambung ok….


This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

MENU