Assalamualaikum…

Alhamdulillah….siapa kat sini orang johor….

Kalau pergi kenduri kat Johor mesti ada telur pindang kan..

Baru-baru ni dapat pergi kenduri sepupu di Johor…dapatla makan telur pindang…

Biasa telur pindang ni nak dapat kalau ada khatam Quran ke, kenduri kahwin ke, berendui ke…hanya majlis-majlis istimewa je…

Dulu-dulu saya selalu tanya abah saya….tak de ke orang kawin kalau kami balik johor….sebabnya nak makan telur pindang….

hehehehe….

Sebenarnya, saya dah lama tak makan telur pindang…sedap tauuuu…

Tapi saya tak tahu la orang lain suka ke tak….tapi kalau saya memang pantang jumpa….mesti nak….

hehehe….walaupun bukan suka sangat makan telur rebus tapi kalau telur pindang….emmmm….

Bukan semua orang pandai nak buat telur pindang ni….renyah pembuatannya…itu yang abah saya bagitahu…

Kalau nak tahu sedap ke tak…kena cuba telur pindang buatan orang Johor memang marvellous…..

CYMERA_20150409_150201