TEKNIK-TEKNIK MEMBANTU ANAK MENANGANI STRES

Post 221 of 224

Sebagaimana yang kita ketahui kanak-kanak banyak belajar melalui teladan. Cara terbaik memdidik anak anda untuk menangani stres adalah mengenal pasti punca masalah dan cuba amalkan teknik-teknik berikut:

1. Pemakanan Yang Sihat

Badan yang sihat dapat menangani tekanan dengan lebih baik. Jadualkan waktu makan utama dan makanan sampingan.

2. Senaman

Jika anak leka menonton televisyen, bermain permainan komputer dan sebagainya, ajaklah mereka bermain di luar. Gunakan permainan aktif seperti bola, pistol air atau basikal. Luangkan masa bermain bersama anak-anak dan ini membuka ruang komunikasi dengan mereka.

3. Tegas dengan Peraturan dan Disiplin

Anak-anak hidup dalam dunia “hitam putih”. Masih kabur dan keliru dengan panduan hidup. Kita sebagai ibu bapa perlu membimbing mereka.

4. Sentuhan Lembut ialah Penyembuh

Pelukan seorang ibu lebih bermakna daripada seribu perkataan. Anda juga boleh memicit leher dan bahu anak anda. Kanak-kanak juga boleh sengal-sengal kerana stres

5. Belajar Menjadi Pendengar Yang Baik

Apabila anak berbicara tentang masalahnya, janganlah kritik. Tidak semestinya mereka mengharapkan nasihat anda. Kadang-kadang mereka hanya ingin meluahkan perasaan. Galakkan mereka dengan bertanya, “Apa yang berlaku selepas itu?” atau “Apa perasaan kamu?’

6. Beritahu mereka bahawa semua orang melakukan kesalahan

Sebagai permulaan, minta maaf kepada mereka jika anda melakukan kesalahan. Anda juga boleh memberi pengajaran melalui kesilapan anda semasa berusia sebaya mereka. Malah anda boleh bergelak ketawa atas kesilapan anda dahulu

7. Mengajar anak anda amalan menangani stres

 

Sumber rujukan : Petua menangani Stres penulisan Dato; Dr. Hj. Mohd Fadhilah Kamsah bersama Haji Muhammad Zakaria.

 

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

MENU