Susu Tak Bertambah-tambah……

Post 210 of 224

Susu tak bertambah-tambah walau dah makan dan dah cuba macam-macam supplement dan cuba makan macam-macam petua untuk menambahkan susu. Tapi susu tak bertambah-tambah juga. Ini memang biasa berlaku. Antara perkara yang perlu anda periksa dahulu jika susu tak bertambah-tambah ialah:

1. Pertama sekali jika susu tak bertambah-tambah, periksa apa yang buat susu kita makin kurang. Contohnya, tanya diri sendiri adakah anda sedang mengalami tekanan dan apakah tekanan tersebut. Cuba selesaikan. Kalau tak boleh tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan, kemudian istighfar.

2. Yang kedua, yang paling penting jangan sesekali panik. Bila panik mulala tak tahu nak buat apa.

3. Yang ketiga, periksa ini bagi ibu-ibu yang bekerja, berapa kali di pejabat anda memerah susu. Ini akan mempengaruhi pengeluaran dan kuantiti susu ye.Kalau boleh perahlah susu di pejabat paling sikit pun dalam 3 kali sepanjang 8 jam dekat pejabat. (Jangan ikut saya buat 2 kali je sehari lepas itu, stress susu makin sikit)

4. Yang keempat, yang ini untuk ibu-ibu yang tidak bekerja periksa berapa kali anak menyusu (menyusu ye bukan kemam tak hisap-hisap). Periksa juga berapa banyak pamper yang dah ditukar sehari.

5. Yang kelima , pastikan ibu-ibu makan makanan yang berkhasiat dan yang paling penting minum air masak lebih dari 2 liter. Minum air masak banyak-banyak.

6. Yang keenam, untuk pengetahuan ibu-ibu sebenarnya berapa banyak kuantiti susu yang ibu-ibu perah adalah berapa banyak yang anak anda minum. Jadi jangan risau jika anda perah kuantitinya sedikit.

7. Yang ketujuh, jangan pernah membanding-bandingkan berapa banyak yang orang lain dapat dengan kita kerana berapa banyak yang anak kita minum tidak sama dengan anak orang lain. Jadi berhenti membanding-bandingkan, anda juga yang stress nanti

8. Berdoa.

Jadi kesimpulannya ialah jangan stress, jangan panik, perah susu sekerap yang boleh dan minum air masak lebih dari 2 liter. Itu sahaja. Insya Allah kalau ibu-ibu mengambil atau makan apa-apa makanan untuk menambahkan pengeluaran susu InsyaAllah akan berjaya. Jangan lupa berdoa ye. Selamat mencuba.

pm @ whatapp : 016-2254805

[contact-form-7 404 "Not Found"]

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

MENU