Simptom Gastrik Ulser Dan Cara Merawatnya. Apa itu gastrik ulser? Gastrik ulser ini berlaku bila gastrik dibiarkan lama tanpa rawatan sehingga menyebabkan ulser atau pendarahan pada usus. Boleh baca pada artikel kak sya sebelum ni iaitu 5 cara menghilangkan gastrik dengan cepat.

Simptom Gastrik Ulser Dan Cara Merawatnya

Punca Gastrik Ulser

Ramai yang tidak sedar ataupun memandang ringan gastrik ulser ni. Antara punca yang paling kerap ialah dilakukan oleh mereka yang mengalami gastrik ulser ialah :

  1. Pengambilan ubat tahan sakit seperti ponstan, aspirin dan lain-lain;
  2. Waktu pemakanan yang tidak teratur contohnya waktu sarapan sepatutnya di antara pukul 7 pagi sehingga 9 pagi tetapi dilewatkan sehingga ke waktu makan tengahari;
  3. Suka mengambil makanan yang diawet seperti jeruk, makanan di dalam tin;
  4. Tekanan atau stress juga penyumbang utama gastrik; dan
  5. Perokok atau perokok pasif.

 

Simptom Gastrik Ulser Dan Cara Merawatnya

Simptom Gastrik Ulser

Antara simpton gastrik ulser yang kerap dirasai oleh penghidap gastrik ulser ialah:

  1. Merasa tidak hadam makanan dan sering merasa sakit perut di bahagian atas perut;
  2. Pedih ulu hati dan kerap sendawa dan kentut;
  3. Pening kepala;
  4. Rasa loya dan muntah-muntah;
  5. Berat badan semakin menurun;
  6. Badan lemah dan lesu;
  7. Muntah darah;
  8. Tiada selera makan; dan
  9. Najis bertukar warna kehitaman kerana najis telah bersebati dengan darah.

Simptom Gastrik Ulser Dan Cara Merawatnya

Rawatan Gastrik Ulser

Apakah rawatan gastrik ulser? Setiap orang mengalami gastrik ulser yang berbeza, jadi rawatan untuk gastrik ulser pun berbeza bergantung kepada bagaimana punca gastrik tersebut terjadi. Antara rawatan gastrik ulser ialah:

  1. Pengambilan antiobiotik bagi gastrik ulser yang disebabkan oleh jangkitan kuman H.pylori;
  2. Pengambilan ubat antasid bagi meneutralkan asid oerut dalam masa yang singkat; dan
  3. Pengambilan ubat seperti ranitadine, cimetidine dan lain-lain ialah bagi mereka yang mengalami gastrik ulser disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan anti radang bukan steroid.

Selain rawatan gastrik ulser menggunakan ubat ubatan boleh juga menggunakan rawatan secara alami atau mengambil langkah-langkah seperti :

  1. Makan pisang untuk meneutralkan asid dalam perut;
  2. Mengambil susu kerana menurut
  3. Mengurangkan pengambilan alkohol
  4. Berhenti merokok;
  5. Mengambil produk berasaskan susu.
  6. Mengelakkan pengambilan makanan yang berlemak dan pedas; dan
  7. Makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit.

Sekiranyaa gastrik ulser tidak dirawat dan dikawal, ia boleh menyebabkan  masalah yang lebih teruk iaitu berlakunya pendarahan dalaman yang akan menyebabkan kehilangan banyak darah. Mengalami muntah darah dan najis berdarah

Ini juga boleh menyebabkan acute peritonitis yang memerlukan pembedahan dengan segera. Apabila perjalanan makanan di dalam usus terhalang kerana parut dari ulser boleh menyebabkan muntah-muntah dan menurunkan berat badan.

Terdapat kajian terkini yang mendapati jangkitan kuman H.pylori dengan kanser perut dimana jika di colombia dan cina jangkitan kuman H.pylori adalah biasa dan peratusan yang menghidap kanser perut adalah tinggi.

Boleh klik pada link ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Produk Gastrik Shaklee dan 5 Punca Gastrik Teruk.

Pos ke seluruh Malaysia 🇲🇾

Boleh COD ke sekitar Putrajaya dan Cyberjaya.

#superstarzfamily

#shakleeputrajaya

#pengedarshakleeputrajaya

 

Pengedar Shaklee Putrajaya/ Cyberjaya

http://saya.nak.la/0162254805/Pengedar%20Shaklee%20Putrajaya