SET KOLESTROL SHAKLEE

Post 112 of 224

Apa itu Kolestrol?

colestrol

Kolesterol adalah sejenis komponen sterol yang penting dalam metabolisma serta penghasilan hormon.

Kolestrol perlu ada dalam tubuh kita kerana ia bergerak sekali bersama aliran darah sebagai liporotein. Lipoprotein ni terdiri dari lemak (lipid) yang diselaputi protein.

Tahukah kita kolesterol yang termendap di salur darah dan mengakibatkan strok. Sebenarnya ketidakseimbangan kolesterol antara HDL dan LDL akan memberi lebih banyak kesan kepada kesihatan kita.

gambar

Jenis Kolestrol?

Ada 2 jenis lipoprotein yang membawa kolestrol iaitu:

  1. LDL (Low density Lipoprotein) atau nama glamournya ‘kolestrol jahat’. Kenapa dia di panggil jahat? Ini kerana jika paras LDL tinggi, ia boleh membawa kepada masalah pengumpulan kolestrol di dalam arteri.
  2. HDL (High Density Lipoprotein) atau nama glamournya ‘kolestrol baik’. Kenapa pula HDL di panggil baik. Ini kerana HDL membawa kolestrol dalam darah kepada hati. Di mana ia akan menyingkirkan kolestrol dari arteri.

Sebenarnya kolestrol juga penting di dalam tubuh kita. Bukan semua kena buang ada peranannya yang tersendiri. Sel tubuh yang sihat sangat bergantung kepada HDL. HDL sangat diperlukan oleh sel untuk makan, berkumuh, bernafas dan pelbagai fungsi metabolisma.

Sementara LDL pula boleh merosakkan semua fungsi tersebut.

Fungsi Kolestrol

Terdapat beberapa fungsi penting kolestrol untuk tubuh badan kita, diantaranya ialah :

  1. Menjaga dan membina membran sel, dan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon di dalam membran.
  2. Membantu dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen
  3. melindungi ‘pintu pagar’ sel dengan menapis molekul yang boleh memasuki sel dan yang tidak boleh memasukinya.
  4. Membantu dalam penghasilan cecair hempedu.
  5. Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kelenjar adrenal seperti kortisol, kortikosteron dan sebagainya.
  6. Menjadi penebat kepada jaringan saraf.
  7. Menukarkan cahaya matahari kepada Vitamin D.
  8. Penting untuk metabolisma vitamin larut lemak.

Apakah Bacaan Normal Kolestrol?

Bacaan tahap kolestrol yang normal lebih kurang 120 – 200 mg/dl. Dengan HDL melebihi 40mg / dl dan LDL kurang dari 130 mg/dl

Apa yang berlaku jika Bacaan Kolestrol tidak normal?

Bacaan Kolesterol yang terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan. Amatlah penting untuk kita menjaga paras kolestrol mengikut bacaan sepatutnya. Antara masalah kesihatan yang biasa berlaku ialah:

  1. Serangan jantung
  2. Penyempitan arteri
  3. Strok
  4. Darah tidak mengalir dengan baik

Cara Mengawal Paras Kolestrol

Terdapat beberapa cara yang boleh di amalkan untuk membolehkan kita mengawal paras kolestrol di dalam tubuh badan. Antaranya :

  1. Banyakkan Aktiviti Fizikal iaitu banyakkan aktiviti fizikal walaupun sekadar berjalan ke masjid, turun naik tangga, bersenam atau aktiviti-aktiviti riadah yang lain. Sekiranya kita kurang bergerak atau kurang melakukan aktiviti fizikal kita bakal mengundang LDL yang tinggi dari HDL.
  2. Menurunkan Berat badan kerana mereka yang mempunyai masalah berat badan terutama mereka yang menghadapi masalaj obesiti sangat berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi.
  3. Mengawal Diet dengan mengambil makanan sebenar yang men gamdungi kolestrol yang tidak memberi kesan buruk kepada kolestrol dalam tubuh. Masalah akan berlaku apabila mengambil makanan yang mengandungi tinggi lemak tepu seperti makanan yang di proses. Banyakkan mengambil makanaan yang sebenar kerana lemak berkualiti terkandung di dalam makanan tersebut.
  4. Katakan tidak kepada rokok dan alkohol ini kerana telah jelas dan terang bahawa rokok dan alkohol tidak bagus untuk kesihatan dan haram di sisi agama Islam.

Set Kolestrol Shaklee

Nasihat saya, dapatkan nasihat dari doktor dahulu sebelum mengambil sebarang makanan tambahan. Ini adalah untuk makanan tambahan hanya membantu bukanlah sesuatu ubat ‘magic’ yang boleh menjadikan kita sihat sekelip mata.

Pengambilan yang konsisten serta mengamalkan tips yang disebutkan akan dapat membantu.

Set Kolestrol Shaklee ialah Omega Guard, Phytocol-St, Vitamin E, Vitamin B-Complex, Alfafa dan Garlic

set kolestrol

Bagaimana untuk Memiliki Set Kolestrol Shaklee?

Mudah je…..

Klik pada link ini untuk pembelian terus

imagesbeli

atau

Hubungi saya di talian 016-2254805 atau emailkan sebarang pertanyaan ke syasya1411@gmail.com

Dengan setiap pembelian Set Kolestrol Shaklee bersama dengan hargaset.com anda layak menerima:

* Tips esklusif
* Jadual Pengambilan
* Cara terbaik pengambilan Set Kolestrol Shaklee

Semua di atas adalah esklusif untuk pelanggan hargaset.com sahaja!

Hubungi Kami segera!

 

* Untuk daftar Jadi Ahli Shaklee Boleh klik di Borang Pendaftaran Online atau SMS ke 016-2254805 taip ‘DAFTAR AHLI’.

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

MENU