Assalamualaikum…..

Alhamdulillah, hari ini 1 Januari 2015. Permulaan hari pertama di tahun baru.

Syukur pada Allah kerana masih lagi bernafas di muka bumi ini dengan izin Allah. Sepanjang tahun 2014 banyak kisah suka dan duka yang telah diharungi. Apa sahaja yang berlaku samaada manis atau pahit dapat saya jadikan sebagai kenangan dan pengajaran serta keinsafan kepada saya.

Doa saya pada tahun 2015 adalah saya dapat menjadi hamba Allah yang lebih baik, isteri yang terbaik buat suami saya, ibu yang hebat kepada anak-anak saya. Satu lagi impian saya adalah saya berjaya di dalam kerjaya dan bidang yang sedang saya lakukan sekarang. Amin

Tahun 2015 please be nice with me……lots of love to all of you.

4