Assalamualaikum, selamat tahun baru 2018 kepada semua yang membaca blog kak sya.

Alhamdulillah, 2017 berlalu dengan seribu kenangan yang manis. Banyak yang kak sya belajar sepanjang 2017. Pengalaman adalah guru yang terbaik.

Antara kenangan manis yang tak boleh kak sya lupa ialah dijemput menjadi tetamu Allah pada Mac 2017 bersama suami, anak-anak, mak abah dan adik-adik. Best sangat tak tahu nak kata apa.

Salah satu VB telah dicapai. Alhamdulillah, pada kak sya ini adalah hadiah dari Allah buat kak sya dan keluarga.

Selain tu, kak sya belajar erti redha dan sabar dengan kelahiran Muhammad yang doktor sahkan meninggal dunia dari dalam perut. Alhamdulillah, kak sya berjaya melaluinya dengan sokongan dari suami anak-anak, mak abah dan adik-adik serta my mami dan adik beradik shaklee yang lain.

Ibarat baru lahir semula, kak sya temui sinar baru. Impian kak sya nak jumpa Muhammad di sana nanti. Ohh… maafkan kak sya, InsyaAllah nanti kak sya kongsikan apa yang terjadi pada Muhammad.

Doktor cuma kata Muhammad bukan rezeki kami suami isteri. Setakat ini result yang dah kak sya terima semuanya normal kecuali result darah Muhammad. Masih lagi menanti satu lagi result darah.

Apa pun, kak sya tahu Muhammad sedang berlari-lari di sana dengan gembira.

Sempena tahun 2018 hari, doakan kak sya lebih kuat, lebih tabah, lebih istiqamah untuk lebih dekat dengan Allah.

Doakan 2018 ini kak sya lebih cemerlang, gemilang dan berjaya di dunia dan untuk akhirat kelak.

Kak sya doakan kalian yang membaca di kurniakan Allah rezeki yang melimpah ruah, dirahmati dan diberkati Allah serta berjaya di dalam apa jua yang kalian lakukan.

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA…

Kak sya

Pengedar Shaklee Putrajaya / Cyberjaya

http://www.wasap.my/60162254805