Assalamualaikum w.b.t, apa khabar semua. Alhamdulillah, sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Terasa baru sahaja kita berpuasa, baru sahaja kita menunaikan terawih. Pasti terasa rindu dan sayu di hati, kerana Ramadhan telah berlalu pergi. 

Semoga Allah mempertemukan kita dengan Ramadhan yang akan datang. InsyaAllah.

Hari ini kak sya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

Di kesempatan ini, kak sya ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf kepada korang semua. Andai ada salah dan silap kak sya dan keluarga. Sama ada dari tutur kata atau perbuatan kami yang menyinggung perasaan korang.

Semoga Syawal ini memberikan seribu kemanisan dan lebih makna kepada korang semua. 

Salam Aidilfitri buat semua, kak sya sayang korang..