SELAMAT HARI LAHIR HANIS….

Post 103 of 224

Selamat Hari Lahir puteri ibu yang manis Hanis Syahirah….

Teringat masa hari ke dua hingga ke 20 selepas Hanis lahir….Hari pertama Hanis lahir kita kena tahan wad. Keesokkannya, ibu dah boleh keluar wad tapi Hanis di tahan ke NICU…

Masa tu sedihnya hati, hanya Allah yang tahu. Tapi ibu bernasib baik kerana Hanis di tahan sekejap sahaja sehingga pagi hari ke 4…Kenangan dan pengajaran buat ibu…..

Namun, ibu bersyukur pada Allah. Sehingga saat ini, Hanis masih lagi mendapat manfaat dari susu ibu. Ibu bersyukur di atas rezeki yang dikurniakan Allah pada Hanis dan Ibu.

Hari ni genap umur anak ibu 2 tahun…sekejap betul masa berlalu…..Ibu doakan anak ibu menjadi anak yang solehah, yang hormat orang tua, yang menjalankan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya, yang berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah, Amin…

Ibu sayang Hanis……..Ibu sayang along…..Ibu sayang abah juga…..

PhotoGrid_1444112040474

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

MENU