Renungan di pagi hari….Jom muhasabah diri agar menjadi insan yang hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini. Renungan pada hari ini ialah berkisar tentang kebaikan atau fadilah membaca Al-Quran.

Rasulullah saw menerangkan fadilah orang-orang yang membaca Al-Quran antaranya ialah :

  1. Membaca Al-Quran adalah berdialog dengan Allah S.W.T
  2. Mendapat kemuliaan di sisi Allah setelah para Nabi
  3. Mendapat tempat di syurga bersama para Rasul
  4. Mendapat syafaat Al-Quran di hari Kiamat
  5. Satu huruf Al-Quran yang di baca mempunyai satu kebaikan yang pahalanya bernilai sepuluh kebaikan.

Rasulullah saw juga menganjurkan semua umatnya membaca dan memahami Al-Quran. Sabda Nabi saw :

  1. ” Sebaik-baik orang ialah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannnya.”
  2. ” Tidak boleh iri kepada orang yang memahami Al-Quran serta mengamalkannya siang dan malam. “
  3. ” Ibadah umatku yang paling utama ialah membaca Al-Quran. “
  4. ” Terangilah rumahmu dengan solat dan membaca Al-Quran. “
  5. ” Al-Quran adalah Hidangan Allah S.W.T, Janganlah kamu menjauhinya. “

 

Itu adalah antara yang dapat dikongsikan bersama-sama untuk renungan dan panduan kita sebagai umat Islam. InsyaAllah, semoga kita mampu berubah menjadi insan atau hambaNya yang soleh dan solehah. Amin.

 

 

images