Pesanan ini saya baca dari whatapp group…Bacalah untuk renungan kita sebagai anak…..

Pesan untuk anak-anak terutamanya anak-anak lelaki. Bila mak dan ayah kita telah meninggal dunia, terjunlah turun dalam liang lahat sambutlah jenazah mereka. Buka papan keranda dan angkat sebentar jenazah mak atau ayah kita tu.

Biar kita yang pusing jenazah mak ayah kita mengadap kiblat. Biar kita yang buat!!!!! Bukan orang lain. Jangan kita tengok je.

Allahurabbi….”Mak kali terakhir aku tengok mak ni mak, mak hari ni last aku tengok mak.” Biar kita yang jadi orang yang buka ikatan di kepala dia, ikatan ditubuh dia tu…..Biar kita yang buat!!!!

Pegang perlahan-lahan badan mak ayah kita tu, pusing elok-elok, ambil gumpalan tanah, letak pulak belakang tengkuk mak ayah kita tu…..

“Mak last mak hari ini mak….lepas dari ini aku tak tengok dah mak dah”. Terlintas dalam hati kita, masa kita pegang mak kita tu…

Ingat sejak kita lahir, tangan mak ini yang suap dimulut kita. Ingat hari pertama kita berjalan, muntah, berak kita…mak kitalah orangnya yang tak pernah tolak pun.

Walau anak jahat mana pun kita, kita tetap anak dia. Dia tak pernah buang kita. Takkan hari mak ayah kita meninggal dunia, kita tak boleh terjun dalam liang dia, pusing badan jenazah dia, mengadap kiblat.

Kalau kita ada tiga empat beradik, empat-empat beradik terjun dalam.

“Abang pegang belakang bang”. Jangan kita nak harap dekat orang. Kita jadi anak, kita patut terjun dalam tu.

Kita tak boleh baca talkin, kita naik atas, kita duduk sekejap. Dengar talkin yang terakhir untuk mak ayah kita tu. Kita duduk kejap tepi kubur mak kita tu.

Tengok macam mana ni hari last dah hari ni. Tak ada benda dah yang kita nak bagi dekat mak ayah kita dah melainkan kita boleh serah doa.

“Ya Allah, aku angkat tangan Ya Allah….Aku redha mak aku kau ambil Ya Allah…Dia yang beranakkan aku…Ya Allah hari ini aku tinggal dia Ya Allah, aku serah dia atas urusan mu belaka Ya Allah…Aku tadah tangan Ya Allah…Aku minta sangat-sangat Kau ampunkan dosa mak aku , tolong Ya Allah kesian mak aku Ya Allah…Aku ini hasil didikan dari dia, Ya Allah…Kau Ampunkanlah segala dosa-dosa dia Ya Allah.”

Kawan-kawan, kalau dosa mak sebegitu kita doa dengan Allah Taala, beruntung mak kita. Adakah Allah akan tolak doa sebegitu? Takkan Allah akan tolak doa sebegitu? Takkan Allah tolak doa ikhlas datang dari seorang anak. Sebab itu, pesanlah pada semua selagi mak ayah kita masih hidup….

Buat jasa….Buat jasa….

Pada kawan-kawan yang telah tiada mak ayah, mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat mereka. Bagi kawan-kawan yang lain, kita akan merasa apa yang rakan kita rasa. Renung-renungkanlah, terutama untuk yang lelaki.

 

* mengalir air mata bila baca mesej ini….Berjasalah pada mak ayah kita semasa mereka masih hidup. Doakan saya dapat menunaikan impian saya pada mak abah saya, saya ingin membahagiakan, menggembirakan dan berjasa pada mak dan abah saya. Aminnn..

Saya sayang mak dan abah saya…..Saya pasti kalian juga sayangkan mak dan ayah masing-masing…..

p-arent