Saat paling indah buat seorang wanita yang telah berkahwin adalah ketika disahkan oleh doktor yang mereka hamil. Ianya memang saat yang paling bahagia. Namun adakah kita tahu apa yang perlu dilakukan ketika hamil.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mencari pakaian yang selesa. Ini kerana apabila perut kita semakin membesar, kita
tidak dapat lagi memakai pakaian kegemaran kita sebelum kita mengandung. Jadi kita perlu mula menyediakan pakaian baru bagi ibu-ibu mengandung. Ini ada beberapa idea untuk ibu-ibu yang hamil.

Baju

  • Lebih selesa untuk memakai pakaian yang longgar seperti kemeja-t yang besar dan jumper. Sekiranya ibu-ibu ingin tampil lebih bergaya, boleh mengenakan lelilit atas kerana ia boleh disesuaikan apabila saiz badan kita berubah. Blaus panjang atau tunik pula sesuai bagi mereka yang ingun menutup bahagian perut.

Seluar

  • Seluar mengandung yang elastik, bersarung atau seluar joging lebih selesa dipakai. Seluar mengandung selalunya terdapat panel yang boleh diubah saiznya. Jika ada yang suka memakai jeans, masih boleh dapatkanjeans yang direka khas bagi ibu-ibu yang mengandung.

Gaun atau Skirt

  • Pakaian gaya bersarung akan menaikkan perut kita, sementara gaun longgar yang kembang dari bawah dada juga selesa dipakai. Skirt dengan pinggan yang elastik atau bertali adalah cara yang terbaik untuk hadapi masalah saiz pinggan yang membesar.

Kasut

  • Ketika berada di trimester ketiga, kita mungkin akan mengalami rasa sakit atau lenguh pada bahagian kaki dan pergelangan kaki atau mungkin juga kaki kita membengkak, oleh itu kita perlu memakai kasut yang selesa dan tidak ketat. Elakkan memakai kasut kasut yang bertumit tinggi, sebaliknya pakailah kasut balet yang bertapak getah sebagai alternatif. Atau mungkin boleh dapatkan sandal atau kasut dengan tali velcro supaya ianya boleh dilonggarkan menurut keselesaan kita.

Pakaian Dalam

  • Kita perlukan saiz yang lebih besar dan kita juga perlu mengukur saiz kita untuk mendapatkan pakaian dalam untuk wanita mengandung pada bulan ke 7

 

Selain itu, terdapat juga beberapa perkara atau aktiviti yang perlu dielakkan ketika mengandung. Antaranya ialah:

Pertukangan Rumah

Sekiranya perlu menukul atau menukar mentol lampu, mohonlah pertolongan suami. Elakkan juga daripada memanjat tangga atau kerusi. Adalah lebih baik sekiranya berada diatas tempat yang rata untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kecelakaan yang boleh melibatkan kandungan kita.

Mengangkat benda berat atau mengalih perabot

Ketika hamil kita akan mengalami banyak tekanan pada tulang belakang semasa mengandung. Cara sokongan bentuk badan kita yang berubah kerana pusat tengah graviti badan anda sekarang bergerak ke hadapan. Jadi, adalah dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti yang berat. Jika kita mengangkat benda berat, ia akan meningkatkan tekanan pada tulang belakang dan ini mungkin juga boleh mengakibatkan kecederaan pada tulang belakang.