PERKARA YANG IBU BAPA WAJIB BUAT SUPAYA ANAK TAK SAKIT LEPAS BERAYA….

Post 113 of 224

Perkara yang Ibu Bapa wajib buat supaya anak kita tak jatuh sakit selepas raya.

Perasan tak, selalunya lepas raya anak-anak akan mula batuk, baru dan selsema. Selepas itu, anak-anak akan mula demam.

Bagaimana caranya untuk kita mengelakkan anak kita dari demam, batuk dan selsema selepas raya.

Apa yang perlu ibu bapa buat ialah:

  1. Pastikan ke mana sahaja pergi bawa sanitizer di dalam handbag. Cuci tangan anak dengan sanitizer sebelum menaiki kenderaan atau selepas dia memegang barang-barang yang kita tidak yakini kebersihannya. Bunyi macam paranoid tapi itulah sebenarnya cara pencegahan awal.download (3)
  2. Pastikan apabila pulang ke rumah dari berjalan-jalan, mandikan anak atau kalau sudah tengah malam basuh muka, kaki dan tangan.
  3. Jika ada anak kecil di bawah usia 8 bulan, elakkan dari keluar berjalan ke shopping kompleks atau tempat-tempat awam.
  4. Jika anak berumur 8 bulan ke bawah, pastikan mereka yang ingin memegang anak kita mencuci tangan dengan sanitizer sebelum memegang bayi kita.
  5. Pastikan anak-anak kita sudah mempunyai imun badan yang tinggi sebelum kita berhari raya.

Bagaiamana memastikan anak kita sudah mempunyai imun badan yang tinggi.

  1. Pastikan anak-anak mengambil pemakanan dan diet yang seimbang.
  2. Ambil lebih makanan seperti sayuran dan buah buahan.
  3.  Ambil makanan tambahan untuk anak seperti vitamin C, Garlic, Omega dan mealshake untuk membantu meningkatkan imun badan.

Bila baca, macam paranoid sangat tapi hakikatnya itulah yang perlu dilakukan untuk anak-anak kita. Kebersihan diri perlu di titikberatkan.

Mereka belum pandai untuk melindungi diri mereka sendiri. Jadi kita sebagai ibu bapa harus mengambil langkah ini untuk kesihatan anak kita.

Ini kerana, sejak kebelakangan ini. Jika kita perasan banyak jangkitan atau penyakit yang di sebarkan oleh bawaan udara. Berhati-hatilah ye.

Jika, semua langkah-langkah pencegahan telah di ambil jangan lupa berdoa. InsyaAllah anak kita pasti sihat selepas raya dengan izin Allah.

index

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA.

 

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

MENU