PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEROSAKKAN OTAK

Post 108 of 224
Ramai yang tidak sedar adakala mereka merosakkan diri dan merosakkan otak mereka dengan melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan otak tanpa mereka sedari.
images
Terdapat 10 perkara yang boleh merosakkan otak iaitu:
  •  Tidak Mengambil Sarapan Pagi

Antara organ yang paling banyak menggunakan tenaga ialah otak iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Sekiranya kita tidak mengambil sarapan pagi, ini akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi kepada otak. Apabila ini berlaku banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

  • Mengambil Gula Berlebihan

Pengambilan gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

  • Terlebih Makan

Makan berlebihan tidak bermakna menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan boleh menyebabkan banyak darah di alirkan kepada perut dan usus untuk pencernaan. Ini menyebabkan kekurangan darah untuk sampai kepada otak yang boleh mengakibatkan malas, mengantuk dan hilang daya fokus.

  • Menghidu Udara Yang tercemar

Pengguna oksigen yang terbesar di dalam badan manusia ialah otak. Menghidu udara tercermar boleh menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

Kandungan pelbagai racun yang merbahaya di dalam asap rokok boleh membunuh banyak sel-sel otak

  • Tidur Yang Berlebihan

Tidur yang berlebihan boleh menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

  • Tidur dengan Menutup Muka

Mereke yang suka tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini Boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

  • Kurang Berimaginasi

Berfikir adalah salah satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

  • Jarang Berfikir

Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita

  • Tidak Membaca Al-Quran

Di dalam Al-Quran terdapat kalimah-kalimah Allah s.w.t. Dengan membaca Al-Quran akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.

 

* Oleh itu sayangilah otak kita.

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

1 comment:

zikJuly 30, 2015 at 1:00 amReply

tak cukup tidur pun.. otak jadi penat…. kurang oksigen… boleh menyebabkan mati.. bahaya tuh

MENU