Sekadar renungan di pagi jumaat…Muhasabah buat diri sendiri yang selalu apla dan leka….

PERASAN TAK?…..

Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid tetapi begitu kecil bila dibawa ke Giant Supermarket, Aeon Big, Tesco atau yang seangkatan dengannya…

PERASAN TAK?…..

30 minit terasa begitu lama untuk berzikir tetapi begitu pendek untuk menonton drama-drama slot samarinda di televisyen…

PERASAN TAK?…..

Betapa lamanya 2 jam berada di masjid tetapi betapa cepatnya ketika menonton wayang di panggung-panggung wayang…

PERASAN TAK?…..

Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat tetapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan…

PERASAN TAK?……

Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan sewaktu perlawanan bola sepak tetapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan baca surah lama dan panjang….

PERASAN TAK?……

Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tetapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah…

PERASAN TAK?……

Orang berebut depan untuk menonton bola atau konsert tetapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar…..

 

 

**** petikan dari masg yang diforwardkan oleh adik saya…terima kasih atas ingatan….