PENTINGNYA KALSIUM AGAR TUBUH LEBIH SIHAT

Post 169 of 224

Kanak- kanak memerlukan kalsium untuk proses perkembangan. Begitu juga dengan individu dewasa yang memerlukan sumber kalsium yang mencukupi agar tubuh sihat.

Ada diantara kita yang ‘alah’ dengan produk tenusu sehingga tidak boleh minum susu. Namun tidak perlu risau kerana susu bukanlah satu-satunya sumber kalsium.

Antara sumber makanan yang boleh membekalka kita sumber kalsium yang baik dan bermanfaat kepada kesihatan tubuh ialah:

2014-12-04-14-00-06--786095590

KEJU

Keju merupakan makanan yang berasaskan susu. Keju mempunyai hampir semua kandungan nutrisi pada susu seperti protein, vitamin, mineral, kalsium, fosfor, lemak dan juga kolestrol.

susu

YOGURT

Yogurt adalah susu yang dibuat melalui fermentasi bakteria. Ia juga diperbuat daripada pelbagai jenis susu termasuklah kacang soya. Yogurt antara makanan yang membekalkan sumber kalsium yang tinggi.

2

SAYURAN HIJAU

Sayuran hijau juga mempunyai kandungan kalsium. Sayuran hijau yang membekalkan sumber kalsium yang tinggi terutamanya sayur bayam dan brokoli.

2014-12-04-14-24-16-1697979213

KACANG SOYA

Kacang soya mengandungi kalsium yang tinggi. Jika kita merebus secawan kacang soya tanpa dicampurkan dengan garam, ia boleh menghasilkan sehingga 261 mg kalsium. Selain itu,    dengan minum air soya juga dapat memberikan kita sumber kalsium yang bermafaat.

ikan

SALMON

Ikan salmon kaya dengan lemak sihat dan juga protein. Namun tahukah kita bahawa sehiris atau sepotong ikan salmon mengandungi kandungan kalsium yag tinggi iaitu 181 mg kalsium.

2014-12-04-15-14-22-1038276229

BADAM

Badam diperkaya dengan vitamin E. Ia juga meegandungi 70-80 mg kalsium. Dengan pengambilan badam sahaja kita mampu mendapat sumber kalsium yang diperlukan badan.

kobis

KOBIS

Kubis boleh dikategorikan sebagai sayur-sayuran berbentuk buah-buahan. Dalam setiap hidangan, ia lebih bermanfaat daripada segelas susu. Jadi lebihkan sayuran ini dalam setiap hidangan kita.

 

Selain itu, tahukah kita terdapat beberapa manfaat kalsium kepada kesihatan kita. Antaranya ialah :

  • Melancarkan peredaran darah
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Mengaktifkan saraf
  • Melenturkan otot
  • Menjaga keseimbangan cairan tubuh
  • Mencegah penyakit jantung
  • Mencegah osteoporosis
  • Mengelakkan kekejangan otot, sakit pinggang dan reumatik
  • Menurunkan risiko kanser usus
  • Meminimumkan penyusutan tulang ketika hamil dan menyusu
  • Mengatasi kering dan pecah-pecah pada kulit kaki dan tangan
  • Memulihkan ghairah seks yang menurun dan lemah
  • Mengatasi masalah kencing manis

Diantara fakta penting yang perlu kita ketahui tentang kandungan kalsium yang diperlukan mengikut usia ialah:

  1. Orang dewasa yag berusia 25 tahun ke atas memerlukan 800 mg
  2. Bagi mereka yang berumur 50 tahun memerlukan 800 hingga 1000 mg
  3. Bagi ibu yang hamil dan menyusukan bayi memerlukan 1200 mg kalsium per sehari.

 

Sumber rujukan : Mingguan Wanita

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

MENU