Assalamualaikum…

Hari ni sya nak cerita pengalaman deal dengan first customer Shaklee aka pelanggan baru.

Masa mula-mula dapat mesej dari customer Shaklee punyala nervous rasa macam ada butterfly in my stomach, bak kata orang puteh.

Sampai nak bagi cadangan produk Shaklee pun tak tau apa. Punyalah gigih, selak buku, baca discussion dalam group. Habis semua cari. Yang lawak tu boleh tak jumpa satu apa pun dalam nota.

Teruk betul, padahal customer Shaklee tu cuma tanya set gastrik. Haaa…ambik..

Oleh sebab, kepanikan dan kecelaruan melanda. Apa lagi terus mesej dalam group tanya nak bagi produk Shaklee apa kat first customer ni.

Mujurla, my awesome mami ni macam faham kot anak dia ni dah panik. Terus dapat petua macam mana nak berurusab dengan pelanggan sya buat pertama kalinya.
Lepas bagi pilihan produk Shaklee mana yang sesuai, pelanggan tu terus diam. Betullah cakap mami, pelanggan boleh rasa aura panik dan kelam kabut yang sya sampaikan dalam mesej.

Mungkin pelanggan pertama Shaklee tu tak yakin nak beli dengan sya.

Tapi takpe, alhamdulillah. Saya belajar sesuatu dari pelanggan pertama Shaklee sya.

Sya belajar erti penolakan atau rejection. Belajar macam mana nak berurusan dengan pelanggan Shaklee.

Sehingga sekarang, masih dalam proses belajar dan terus belajar.

Oohh… penolakan atau rejection semakin kurang dan paling penting sya lebih tenang nak berurusan berbanding dulu.

The power of calm…

Pengedar Shaklee Putrajaya

016.225.4805

 

images22

Sumber Gambar : Google