Breastfeeding atau penyusuan susu ibu bermula apabila seseorang ibu itu disahkan hamil.  Jadi izinkan saya berkongsi pengalaman ketika pertama kali menyusukan anak sulung saya.

Saya mula mengenali dunia breastfeeding atau penyusuan susu ibu ketika meningkat remaja iaitu apabila melihat mak saya menyusukan adik bongsu saya. Untuk pengetahuan semua mak saya bekerja. Setiap petang mak saya akan bawa pulang botol-botol yang penuh dengan susu untuk adik saya yang diletakkan ke dalam peti sejuk. Dari situ saya selalu bertanya macam-macam soalan pada mak saya. Tapi masa hanya lebih kepada perasaan ingin tahu sahaja.

Kemudian setelah mendirikan rumahtangga dan disahkan hamil. Soalan pertama yang diutarakan oleh kakak angkat saya apabila mengetahui saya hamil ialah, Dah fikir susu apa nak bagi pada anak kamu? Saya agak keliru sebabnya pada masa itu baru dua bulan. Tapi jawapan spontan saya ketika itu ialah saya nak susukan anak saya. Setiap kali saya berjumpa dengan beliau itu soalan yang akan beliau tanya sepanjang kehamilan. Untuk pengatahuan semua tanpa saya sedari, rupanya soalan itu merupakan doa saya dan ianya meransang tubuh badan kita untuk bertindak balas kepada apa yang kita inginkan. Tetapi saya pada masa itu saya masih ambil mudah. Saya langsung tidak mencari atau membaca mengenai breastfeeding atau penyusuan.

Nak tahu kenapa, pada saya ketika itu penyusuan itu akan datang sendiri. Betapa dangkalnya pemikiran saya pada ketika itu. Sehinggalah bayi saya selamat dilahirkan, ketika ingin menyusukan anak saya terkial-kial dan hampir putus asa. Tapi syukur pada Allah, kerana mengirimkan seseorang pada saya yang banyak mengajar di saat saya hampir putus asa dan menangis kerana tidak tahan dengan dugaan dan cabaran ketika ingin memulakan perjalanan penyusuan saya. Inilah akibatnya tiada persediaan mengenai penyusuan.

Saya pernah mengalami keadaan di mana puting susu tersumbat dengan hanya ada tiga hingga empat mata yang mengeluarkan susu, payudara membengkak seperti belon, puting susu melecet dan berdarah, bayi saya menghadapi masalah untuk menghisap macam-macam lagi.

Tetapi di atas sokongan mak saya, suami, kakak angkat saya dan rezeki saya yang Allah berikan kepada saya untuk menyusukan bayi saya. Alhamdulillah, saya berjaya menyusukan anak sulung saya sehingga tiga tahun lebih.

Nasihat saya, sekiranya anda nekad untuk menyusukan bayi anda niat dari awal kehamilan dan berdoa agar Allah mengurniakan rezeki kepada anak kita untuk menyusu dengan susu ibu. Jangan putus asa atau jemu, carilah dan galilah ilmu berkaitan dengan breastfeeding atau penyusuan. Kerana ilmu berkaitan penyusuan sangat luas dan dalam. Ianya sesuatu yang menarik dan mencabar untuk diselami.

Sekiranya anda ada pertanyaan berkaitan dengan penyusuan juga boleh hubungi saya atau pm. Jika saya mampu untuk menolong InsyaAllah saya akan tolong.

 

#MBfPC peer counselor

#SayaJualShaklee

pm : 016-2254805