Pengalaman Bermain Air Ketika Hari Raya

Post 22 of 224

Assalamualaikum semua…

Bila tengok hujan lebat ni, teringat masa kecik dulu pengalaman bermain air ketika hari raya di rumah arwah tok wan.

Ingat lagi, masa tu pagi hari raya. Tak ingat raya Aidilfitri ke Aidiladha, lama dah masa sekolah rendah rasanya.

Tu lah, first time balik rumah tok wan air naik. Tengah makan ketupat dengan rendang. Ramai juga orang datang bertandang waktu tu. 

Tengah-tengah makan, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya diikuti angin kuat. Habis tempias dalam ruang dapur. Masing-masing angkat pinggan konon nak berlindung tak mau bagi air hujan masuk pinggan. 

Tengah duk fikir nak makan tempias air hujan, sekali pak su jerit. Air naik! Air naik! Habis tinggal makanan semua. 

Semua dalam rumah pakat duk ambil kain, batu sumbat mana-mana lubang tak mau bagi air masuk.

Tok wan memang ada letak dalam rumah sebab pernah kena dulu banjir kilat. Kitorang yang kecik-kecik ni, pi gulung tikar, angkat barang-barang semua letak tinggi-tinggi.

Tak sampai 5 minit, air dah naik sampai paras buku lali. Kelam kabut mak-mak ni jerit suh anak-anak naik atas. 

Air naik sampai paras lutut dalam rumah tok wan. Esok pagi, ingatkan dah surut. Intai kat tangga, wah bestnya ada air. Apa lagi kami senyap-senyap turun bawah duk randuk air, depan belakang depan belakang.

Maklumlah, duk bandar mana pernah kena banjir kilat. Punya syok main air, sekali kena jerkah dengan tok wan. Hangpa main la ayaq sat lagi ulaq keluaq baru hangpa tau.

Melompat semua berlari naik tangga. Tak berani dah main air. Nak pergi dapur pun ikut tangga kat dapur. Takut punya pasal. Hahaha….

Sekarang, tok wan pun dah tak ada, rumah tok wan pun dah renovate sebelum dia pergi. Rumah tu pun dah tinggal kenangan. 

Walaupun dah lama, masih segar dalam ingatan. Macam mana reka bentuk rumah tok wan dulu pun masih dalam ingatan.

Al-Fatihah buat arwah tok wan. Kak long rindu….


This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

MENU