PENANGAN ANAK BIJAK

Post 150 of 224

Assalamualaikum,

Ramai yang tertanya-tanya kenapa dengan tangan anak saya pagi tadi..

Sebenarnya, semalam saya dan suami berkejar ke Emergency Hospital Putrajaya gara-gara tangan si Manis Hanis yang bila disentuh menaangis beria….

Sekitar jam 8 malam, saya sibuk masak dan saya memohon pertolongan abang long Harith dia untuk bantu saya tolong tengokkan adik dia.

Tak berapa nak ingat rentetan cerita. Yang saya ingat saya ambil Hanis yang sedang baring sambil menangis teresak-esak.

Seolah-olah sakit yang teramat sangat. Saya buka baju Hanis dan mula pencarian apa yang dia rasa sakit sangat.

Semasa mencari saya tengok tak ada apa yang pelik pada badan dia. Jadi saya dukung dan susukan Hanis dan dia tertidur.

Tapi bila bergerak je dia bangun dan mula menangis balik. Muka ibu dia jangan katala. Dah cuak.

Masa ni la, baru perasan bila pegang atau gerakkan tangan kanan tu dia akan menangis sekuat-kuatnya.

Bila tengok betul-betul baru perasan. Ada kesan biru pada pergelangan tangan Hanis.

Abah dia suruh siap terus gerak pergi Emergency Hospital Putrajaya. Waktu tu, dalam pukul 10 malam.

Masa dekat triage pun sama bila sentuh je pergelangan tangan sebelah kanan tu dia akan menangis sampai menitik-nitik air mata.

Tak tahula yang kat triage tu MA ke nurse sebab lelaki. Dia kata nak kata bengkak tak ada, tapi tangan ni biru. Takpe lah kak kita pergi X-ray. Tengok macam mana.

Jadi sementara tu dia pakaikan Hanis kain anduh tu sangkut tangan Hanis pastu butangkan balik baju Hanis.

Dia terus suruh bawak Hanis pergi xray….

Dekat X-ray pun macam tu. Bila juru-xray tu nak gerak sikit je tangan dia tu. Menangis sekuat hati dengan air matanya merambu.

Tunggula dekat pukul 1 pagi doktor panggil nak tengok.

Sampai bilik doktor. Saya cerita apa masalah, jadi doktor suruh buka baju Hanis dia nak tengok tangan Hanis.

Buka je butang baju, si manis Hanis ni terus tarik tangan kanan dia tu dari anduh tu nak salam dengan doktor.

Ibu dengan abah terus serentak cakap…”eh, boleh gerak dah ke Hanis”. Alahai sayang, gatal kepala ibu dengan abah.

Hanis siap salam, genggam dan lambai dekat doktor tu. Tapi doktor tu tetap nak tengok X-ray. Lepas tengok X-ray baru dia kata.

“Alhamdulillah, kak tak ada apa yang tak normal. Akak tak payah risau tak ada apa” siap dia bagi boleh tengok X-ray tu.

Yang bermain di minda ibu dengan abah. Habis yang menangis beria merambu air mata keluar tu macam mana pulak.

Abah dia kata, sejak bila pulak anak ibu ni, pandai berlakon. Ntahlah abah.

Tiba-tiba ibu teringat, adakah kerana kegilaan ibu nak maintan berat badan dengan telan Omega Guard Shaklee bebanyak tu penyebabnya.

Anak ibu ni bukan sel-sel otak berhubung dah ni….dah terlebih-lebih ni.

Hahahaha….hari ni seharian ibu sengih-sengih kat opis. Bertuah punya anak.

CYMERA_20150212_165825

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

MENU