Orientasi My Little Hero……

Post 98 of 224

Assalamualaikum….

Hari ni hari orientasi my little hero…..sekejapnya along dah 7 tahun….

Seronoknya dia hari ni…..dari masuk kereta sampai ke sekolah riuh mulut dia bercerita….

Masa tercari-cari mana pelajar lain, ada ibu bapa yang baik hati bagitau pelajar- pelajar dah naik ke kelas.

Terus ibu mencari guru yang ada di situ untuk bertanya dan cikgu tersebut terus berkata dia akan bawa along ke kelas.

Sambil dipimpin cikgu, along berlalu dengan gembira sambil melambai tangan pada ibu…

Pertama kali, terlintas di hati ibu. Anak ibu dah besar, ibu kena belajar lepaskan along untuk belajar berdikari, percaya dengan apa yang along boleh lakukan…..Allah, sayunya hati ibu….

Bila bagitau abah, abah kata itu pun ibu nak sedih. Along baru masuk sekolah. Apa la ibu ni….

Huhuhuhuhu…..mana boleh tahan….kata mak saya, ini baru fasa pertama. Selepas ini, akan bermula fasa-fasa yang baru buat ibu dan along…..

Ya Allah, lindungi anak-anak kami dari segala kejahatan manusia, berikanlah anak-anak kami kekuatan untuk menempuhi ranjau kehidupan ini dan berikanlah kejayaan kepada anak-anak kami dunia dan akhirat.

Amin…..

PhotoGrid_1452002432057

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

MENU