My Best 2016 Moment Selain Shaklee

Post 34 of 224

Assalamualaikum…

Kenangan manis 2016..Antara my best 2016 moment selain Shaklee..

Apa yek…tahun ni tahun air mata…huhu…tapi ada beberapa kenangan manis…bila teringat mesti senyum-senyum sendiri…

Tahun ni anak ibu baru masuk sekolah…Ibu punyala risau, boleh ke anak ibu ni…sekali dapat jumpa kawan…boleh pula cakap, ibu balikla abang ok kat sini…best..

Sekolah ni besarla bu dari tadika abang…
Jadi, tiap-tiap hari waktu balik sekolah dan waktu balik kafa adalah waktu yang mencabar..

Sebabnya, asal balik sekolah ibu kena ronda satu sekolah cari abang. Seronok sangat agaknya sekolah besar, jadi dia pergi melawat kawasan….

Yang kita melilau cari sampai pernah sekali nangis…cari merata tak jumpa…tanya kawan-kawan dia. Semua kata tak nampak…

Dekat sejam juga mencari, sekali nampak kelibat macam kenal. Berlari ibu pergi kejar..

Allahuakbar, dia main kat belakang sekolah tak bagitahu sesiapa…

Ibu rasa nak tercabut jantung cari tak jumpa…buang karan betul abang ni…

Dia boleh tanya, kenapa ibu nangis? Abang bukan pergi mana pun, ada je kat sini.

Sabo jelah anak bertuah ni….geram betul dibuatnya…

Kenangan manis yang kedua, yang sya susah nak cerita. Walaupun seketika, tapi sya bersyukur Allah meminjamkan dia seketika.

Masa tu bulan Ramadhan, alhamdulillah dapat tahu kata prenant. Terus terlintas di hati, Allah tunaikan impian saya nak puasa penuh tahun ni.

Tapi, tak penuh pun alahan teruk. Paling best, buat semua berdua dengan dia. Happy sebab orang kata time pregnant ni malaikat doakan kita, pahala pun dapat double.

Gigih buat semua, tapi saya lupa. Allah pinjamkan 3 bulan sahaja sebelum dia ambil balik.

Dulu, tertanya-tanya, macam mana ibu-ibu dengan situasi sama menghadapinya.

Alhamdulillah, hati sya tenang. Bila teringat yang dia dah tunggu sya di sana. Terharu rasa, tak sabar pun ye…

#tsunamishaklee

#superstarshaklee

#sahabatgua18

#pengedarshakleeputrajaya

Pengedar Shaklee Putrajaya

016.225.4805

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

MENU