Misi kurus dengan 9 cara cepat bakar lemak hanya dengan makanan. Pengambilan makanan pembakar lemak dapat membantu mempercepatkan kadar metabolisme. Berikut adalah 9 jenis makanan yang perlu diamalkan setiap hari bagi memastikan misi untuk langsing atau kurus tercapai.

cili

1. Cili

Lagi pedas cili itu, lagi bagus kesannya dalam meningkatkan metabolisme

nh5ctYxH_tfxhdjaUw94-Il6J_U8U2FtdDtvFxHq-yH3GmN2aWncvdT7bki0BnyhLY9VCDcWvH89m4D3XiJ1VEJx3OJQ=w400-h400-nc

2. Bijirin

Membantu mengawal kadar insulin di tahap yang rendah untuk meningkatkan metabolisme.

susu

3. Yogurt Rendah Lemak

Yogurt rendah lemak adalah sumber yang baik dan sihat dari segi protein dan kalsium. Ia terbukti mempercepatkan metabolisme. Kajian mendapati bahawa seseorang yang mengamalkan diet dengan yogurt rendah lemak mampu mengurangkan berat badan dua kali lebih cepat. Ia disebabkan mereka mendapat sekurang-kurangnya 1200 mg kalsium sehari berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.

telur

4. Telur

Merupakan sumber protein yang seimbang dan baik untuk membantu membakar lemak berlebihan. Ia juga dapat menahan otot apabila anda kehilangan berat badan.

daging

5. Daging Dibuang Lemak

Lemak pada daging itik dan ayam yang telah dibuang adalah antara makanan yang terbaik untuk pembakaran lemak. Ini kerana tubuh menggunakan lebih banyak kalori untuk mencerna.

ikan

6. Omega 3

Merupakan sumber protein yang sangat baik. Omega 3 adalah asid lemak yang dapat membantu mebakar kalori dan mengurangkan selera makan. Sumber omega 3 yang paling mudah adalah daripada ikan.

kekacang

7. Kekacang

Adalah makanan protein yang sihat dan membantu meningkatkan metabolisme dan menurunkan peratusan lemak badan, begitu juga kacang soya.

cuka

8. Cuka

Diperbuat daripada asid, ia membantu badan memecahkan lemak yang berlebihan.

lemon

9. Limau

Buah buahan jenis limau mampu meningkatkan tahap insulin dalam badan untuk membantu kita untuk kurang merasa lapar. Buah lemon dan oren juga mengandungi serat, rendah kalori dan kadar air yang tinggi yang membuat kita merasa kenyang lebih lama.