Assalamualaikum, minggu pertama persekolahan bagi tahun 2018. Macam-macam ragam anak-anak kita kan. Alhamdulillah, minggu lepas kak sya berjaya berbento untuk

Paling seronok bila balik, along ucap terima kasih pada ibu kerana bekalkan dia makanan. Dapatlah dia makan, ramai sangat orang kat kantin. Nak membeli pun susah. Bawa bekal ni senangla along, lepas makan boleh main. Ehhh, anak bertuah ni kan. Dia kira nak main je. Hiii…

Tahun ni dua-dua anak kak sya dah sekolah, jadi bila pagi ni memang macam lipas kudung. Sambil masak sambil pantau anak-anak bersiap. Siapkan bekal along dan kak sya.

Tahun ni juga, tahun pertama kakak anis bersekolah. Hari pertama sekolah memang dia teruja sangat. Sampai tak boleh tidur malam tu. Jenuh pujuk suruh tidur. Last sekali kak sya sapu herbal blend kat pipi dia sikit dan belakang dia urut-urut. Terus lena. Hurmm, yang tak mau tidur tu kan.

Hari pertama persekolahan semuanya berjalan lancar, kedua-duanya mudah diuruskan waktu pagi. Siap berebut-rebut masuk bilik air.

Kakak anis ke sekolah siap selfie dulu depan sekolah nanti nak bagi tok tengok katanya. Sampai depan kelas menonong je nak masuk kelas dengan kasut dan tak salam ibu abah. Excitednya kakak. Dah buka kasut dan salam dengar kakak cakap, huisshhh… ramainya kawan anis kat sini ibu..

Masuk kelas, kakak anis berhenti depan pintu. Dengan selamba kakak anis kata sambil lambai tangan, hai kawan-kawan. Nama kita anis. Sambil senyum-senyum. Memang sempoi, masuk kelas tak peduli dah kat ibu abah. Siap lambai-lambai tangan lagi.

Dalam hati ibu leganya sambil urut dada, sebab kakak anis hari-hari cakap, nanti ibu kena belajar dan teman anis dalam kelas. Agaknya kakak anis dah boleh terima kot apa ibu bagitau kakak. Hihihi..

Begitu juga hari kedua. Dua-dua ok, along dan kakak masih bersemangat ke sekolah. Kakak anis masih teruja ke sekolah. Boleh nampak macam dalam gambar ni. Tengoklah. Siap buat muka kat ibu. Bertuahlah anak.

Masuk hari ketiga along masih ok, bersemangat ke sekolah. Katanya tahun ni dia berazam nak ke sekolah awal. Kakak anis dah mula dengan ragamnya di waktu pagi. Bangun tapi tak nak mandi dengan alasan kaki sakitla, air sejukla, ibu tak tengok dia mandilah. Ada je jawapan bila suruh mandi.

Sabar jelah ibu kan. Tapi kakak anis mandi juga, walaupun lambat. Jadi ibu kena cepatlah bersiap dan siapkan anis untuk ke sekolah. Semua barang-barang siapkan sebelum tidur, insyaAllah bila pagi tu kurang sikit kalut dan kelam kabut tu.

Hari ni kakak anis sampai sekolah, dia ada buat muka. Tapi masih ok..cuma muka teruja tu dah kurang sikit.

Hari keempat, along masih ok. Kakak anis dah start meragam, tak nak ke sekolah. Nak ikut ke pejabat ibu. Huhu, mana boleh nak. Tak jadi kerja ibu nanti.

Sampai sekolah, kakak anis minta ibu ambil gambar nanti nak hantar kat tok. Masa ambil gambar dengar kakak anis cakap, dah besar-besar pergi sekolah pun nak nangis. Ibu gelak je dengar. Ibu cakap, kakak baik, berani dan suka ke sekolah kan. Dengan selamba anis cakap, mestilah ibu.

Sekali sampai pintu kelas tak nak masuk, tak nak sekolah. Siap nangis peluk ibu tak nak lepas. Alahai kakak. Pujuk sekejap, lepas tu cikgu ajak ke dewan makan. Adalah 2 3 orang lagi keliling cikgu, kawan-kawan dia yang nangis.

Ibu kena keraskan hati tinggalkan kakak. Tapi ibu ada intai kejap, bila turun bawah tu tak dengar dah suara kakak anis nangis, hurmm oklah tu. Jadi, ibu pun balik masuk opis.

Apapun, bila anak-anak mula melangkah ke alam persekolahan. Kita sebagai ibu bapa harus lepaskan anak untuk berdikari. Memang susah, sebab kak sya pernah laluinya masa along masuk darjah 1.

Hari-hari time rehat pergi intai anak kat kantin. Kak sya tak join sekali duduk kat kantin, tapi duduk balik tiang, balik pintu surau sebab nak intai pandai ke along beli makanan walaupun dah bawa bekal, pandai ke berdikari sendiri. Along hanya beli air je, makan bekal dia. Tapi bukan di meja kantin tapi tepi tangga surau. Hahaha, siap ada geng dia lagi. Geng bawa bekal. Sebenarnya diorang boleh je. Kita je kena belajar let it go. Hihihi…

Alhamdulillah, minggu lepas kak sya berjaya buat bekal untuk along selama 4 hari. Semoga ibu terus istiqamah untuk buat bekal kat along. Amin.

Nak layan gambar cik manis anis ni hari ke 4 persekolahan, ada sekeping je sebab hari tu cikgu takde spam gambar. Macam tak percaya je anak-anak ibu dah mula bersekolah. Sila percaya ye ibu.