Assalamualaikum,

Dalam apa jua kita buat, kita mesti ada mentor yang mengajar kita. Mentor saya dalam bisnes Shaklee ialah mami shaklee saya Salwa Al-Izzah.

Saya kenal mami saya ni ketika zaman forum susu ibu, kemudian masa dalam group peer counselor breastfeeding.

Mami saya ni dekat je dengan saya, tapi kami banyak jumpa dalam online je. Offline ni agak mencabar sikit, tapi kalau jumpa seharian tak cukup nak korek ilmu dari mami.

Mami saya ni tak lokek ilmu, baik dalam bisnes atau dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah. Sentiasa mengingatkan kami jangan lupa Allah.

Paling saya kagum, mami ni macam ada instict yang kuat. Boleh baca apa yang anak-anak dia fikir. Sebab nanti tiba-tiba, mami akan bagi kata-kata motivasi atau bincangkan topik yang saya baru terfikir nak tanya benda tu.

Selalu saya akan, ehh… mami ni macam tau-tau je. Kadang ada masa kita rasa down. Nanti dalam group dia akan keluar statement berkaitan apa yang kita rasa down tu.

Saya memang kagum betul. Dia boleh faham setiap anak bisnes dia macam mana perangai sorang-sorang tu, walaupun anak bisnes dia ramai.

Mami ni, tempat saya kongsi macam-macam yang saya rasa. Kadang kena tegur sebab anak dia ni kadang-kadang liat dan degil juga.

Apa pun saya kagum dengan beliau. Saya doakan mami diberikan kesihatan yang baik, diberikan kebahagian, berjaya di dunia dan akhirat.

Mami memang mami terbaik yang saya ada, anugerah terindah apabila Allah gerakkan hati saya untuk berada di dalam group mami. Dengan adik-beradik Shaklee yang sangat awesome, always positif dan caring… Sayang korang semua ketat-ketat.

Love you mami so much….

 

Pengedar Shaklee Putrajaya

016.225.4805