Mengawal Kolestrol Secara Semula jadi

Post 172 of 224

Strok dan penyakit jantung adalah antara dua masalah kesihatan yang berpunca daripada paras kolestrol yang tinggi. Ia berkait rapat dengan beberapa faktor seperti keturunan, diet, pemakanan dan gaya hidup seseorang.

Kajian menunjukkan terdapat beberapa produk berasaskan sumber semula jadi yang kini berada di pasaran mampu mengurangkan tahap kolestrol secara sihat dan efektif tanpa kesan sampingan. Antaranya :

nh5ctYxH_tfxhdjaUw94-Il6J_U8U2FtdDtvFxHq-yH3GmN2aWncvdT7bki0BnyhLY9VCDcWvH89m4D3XiJ1VEJx3OJQ=w400-h400-nc

Oat

Bijirin yang mengandungi serat larut dikenali ‘beta Glukan’ yang terbukti merendahkan tahap kolestrol kepada mereka yang mengamalkannya. Kandungan serat, karbohidrat kompleks dan protein yang tinggi membantu menstabilkan kadar glukos dalam darah.

Minyak Ikan Omega 3

Mengandungi asid lemak yang penting bagi metabolisme normal kerana ia mengandungi asid lemak tak tepu (EPA) bagi mengurangi insflamasi seluruh badan.

Sterol Tumbuhan

Turut dikenali sebagai pythosterols atau stanols, merupakan sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolestrol. Pengambilan sumber semula jadi seperti marjerin, jus oren dan minuman yogurt yang diperkuatkan dengan sterol tumbuhan akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 hingga 15 peratus.

Psyllium Husk

Ia lazimnya digunakan untuk menangani sembelit, sindrom sakit perut serta meningkatkan kemampuan dan mengekalkan otot usus. Pada waktu yang sama, penggunaanya mampu untuk menurunkan paras kolestrol, mengawal diabetes dan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

ju8BeaVXlq4xK3mcwGVkCQqkV3KBPMigZ56c0EbNYE2bjhz3fTfRSv1EA-9J51lJo8BhhjQ2cAKHL2GTYgG9Ibq4dNLQ04MtiQscaOXDQDhAyADVo5xo3IbdWOWZc0Rfkd_TZ86oNlnxCWPtze-pvCDnQZ0=w400-h342-nc

Badam dan Walnut

Kajian membuktikan bahawa walnut boleh mengurangkan kolestrol darah. Kaya dengan asid poli tidak tepu lemak, walnut juga membantu mengekalkan salur darah sihat dan anjal. Begitu juga dengan badam yang menunjukkan satu peningkatan ketara hanya empat minggu.

 

MHdTByVaXDjR57DdOeVwJj0URsWFV9mA583H2QmNBFsNMwze9mG1uXY5K2GIQRcPgxI2zM5ngEckeEKNOuEavSGeS3x9zDOoMk2MQDql6WorYQFmYaQ922wt=w400-h265-nc

Minyak Zaitun

Mengandungi campuran antioksida yang kuat yang boleh mengurangkan kadar kolestrol tidak baik (LDL) tanpa mengurangkan kadar kolestrol baik (HDL). Disarankan mengambil dua sudu (23 Gram) minyak zaitun sehari. Boleh juga menggunakan minyak zaitun dalam masakan.

 

Sumber rujukan:  Mingguan wanita

 

 

 

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

1 comment:

Ethan LavaJanuary 5, 2015 at 12:05 amReply

Very good post. I will be experiencing some of these issues as well..

MENU