Mawar……

Post 213 of 224

Mawar

Ingatlah sesungguhnya Allah Maha Mengampuni org yang beristighfar, Maha Pemberi taubat kepada sesiapa saja yang bertaubat dan menerima orang-orang yang kembali kepadaNya.

Mawar

Kasihanilah orang yang lemah, nescaya anda akan bahagia. Berilah orang yang memerlukan pertolongan, nescaya anda akan merasa puas. Rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat

Mawar

Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan keampunan untukmu dan syurga telah menunggumu.

Mawar

Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.

Mawar

Jangan anda mengira bahawa dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap, kerana pada hakikat-nya tiada seorang pun di muka bumi ini yang akan mendapatkan semua yang diinginkannya dan terbebas dari segala macam kekeruhan.

Mawar

Jadilah seperti pohon kurma, tinggi cita-citanya, kebal dari segala penyakit dan bila dilempar batu, dia membalas dengan buah kurmanya.

Mawar

Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah

Mawar

Jangan menunggu datangnya bencana dan fitnah, tetapi tungggulah kedatangan keamanan, kedamaian dan kesihatan, Insya Allah.

Mawar

Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu.

Mawar

Mandi, berwuduk, memakai wangi-wangian dan bersiwak secara teratur, merupakan ubat mujarab unutk mengatasi kepenatan dan kesempitan.

index

 

*sumber rujukan Jangan bersedih.

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

MENU