Setiap ibu bapa mengimpikan anak yg aktif dan bijak. Dalam merealisasikan impian tersebut, perkara pertama yang perlu dilaksanakan adalah memastikan anak kita mendapat makanan yang berkhasiat.

Ini kerana makanan yang sihat dapat membantu perkembangan otak kanak-kanak. Bagi mengetahui apakah makanan yang baik untuk minda anak kita.

Jom kita baca bawah lagi,

Antara makanan untuk minda anak-anak ialah:

ikan

Ikan Solmon

Ia kaya dengan kandungan Omega 3, DHA dan EPA. Ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan fungsi otak kanak-kanak. Ia membantu kanak-kanak untuk lebih fokus ketika belajar dan berfikiran tajam.

telur

Telur

Ia merupakan makanan yang paling senang didapati dan murah. Kandungan kuning telur bagus untuk perkembangan otak kanak-kanak dan dalam masa yang sama  membantu kanak-kanak dalam proses pembelajaran.

oatmeal

Oatmeal

Vitamin yang terkandung dalam tubuh dan otak berfungsi bagi memastikan organ-organ tersebut dapat bekerja secara maksimum.

gandum

Gandum

Ia mengandungi glukosa yang menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk bergerak.

beir

Beri

Berdasarkan kajian, beri boleh membantu menguatkan memori kanak-kanak.

kekacang

Kekacang 

Ia sangat baik untuk kanak-kanak kerana menyediakan tenaga tambahan bagi aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan. Vitamin yang terkandung di dalamnya membantu perkembangan otak kanak-kanak.

mentega

Mentega Kacang

Mengandungi vitamin E  yang membantu otak dan sistem saraf menggunakan glukosa untuk menghasilkan tenaga.

sayur

Sayur-sayuran

Ianya kaya dengan khasiat dan menyediakan keperluan vitamin untuk otak kanak-kanak. Antara sayur-sayuran yang tinggi kandungan khasiatnya ialah tomato, bayam, lobak merah dan labu.

daging

Daging

Daging tanpa lemak baik untuk mengekalkan daya ingatan kerana mengandungi zat besi. Zat besi merupakan mineral penting yang bertindak untuk membolehkan kanak-kanak menumpukan perhatian dan fokus terhadap pelajaran.

susu

Susu dan Yogurt

Susu dan yogurt mengandungi protin serta karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.