Tahukah kita Makan Buah Kiwi Bagus Untuk Tingkatkan Imunisasi.

Buah kiwi mengandungi dua kali ganda kandungan Vitamin C jika dibandingkan dengan buah oren. Iaitu sebanyak 108.9 miligram Vitamin C dalam setiap 100 gram buah kiwi.

Buah Kiwi juga mengandungi dua kali ganda Vitamin E berbanding buah avokado dan mempunyai hanya separuh kalori berbanding yang lain.

Buah Kiwi sesuai untuk pesakit diabetis dan mereka yang mementingkan kesihatan kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah. Buah Kiwi juga mengandungi kandungan fiber yang sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.

Dengan pengambilan buah kiwi setiap hari, kita tidak perlu lagi bergantung kepada supplemen tambahan berbentuk pil atau minuman kerana buah kiwi mengandungi semua jenis khasiat yang diperlukan oleh badan.

kiwi