Leka dan Sibuk Kejar Kehidupan…

Post 200 of 224

Belajar….Belajar….Belajar…Siapkan Assingment…Belajar lagi…Kerja part time…Belajar lagi….Futsal sampai pukul dua pagi…Study…Exam…Exam lagi…Carry marks lagi…..

Belajar lagi…

Kerja sepenuh masa…Rindu orang itu, orang ini…Cemburu orang itu, orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat Subuh, tapi lebih risau lewat nak ke kelas. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana…

Perut lapar, cari makanan. Duit takde pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran.
Al-Quran tak bersentuh, Masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca tweet, ” Buat apa pun, Jangan lupa, Allah nampak semuanya, Malaikat mencatat.”

Tanpa rasa tersentuh, hati mula berkata, ” Benda da selalu diingatkan. Aku tahulah Allah Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat.”┬áTeruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.

Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat Subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.

Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al-Quran? Ala nanti-nanti boleh.

Malaikat maut menjengah lagi. Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni, tengok jam. Awal lagi, teruskan online dulu, lagi sepuluh minit, tengok jam cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu dan habis. Baru pulun lari pergi berwudhuk, nak solat. Itu alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Macam mana tu?

Nasib tak nampak malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda yang lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat pakwe/makwe dulu. ” Bee…nanti kejut I bangun solat Subuh eh…Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi.”

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah, sudah…Siapa pulak nak kacau aku ni.

” Nak apa?”

Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.

” Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak Adam, ini adalh waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan.”

Tergamam….

Ahhhh..macam mane ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mane.

Mati mana boleh tangguh lagi. Aduhhh…(Tepuk dahi)

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej pakwe/makwe. Esok kena hantar assignment, deadline. Macam mana ni.

Lalu Malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.

Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ini leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati itu bila-bila. Tapi…….semuanya dah terlambat.

Jadi, mulai sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? Tepuk dada tanya iman.

 

p/s : Cerita di atas hanya rekaan semata-mata…buat renungan kita bersama……

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

1 comment:

http://bestrealestatOctober 25, 2014 at 10:07 amReply

You're website loads great even from my iPad. Thanks for the helpful info.

MENU