Tengah layan satu cerita ni, teringat pula waktu zaman sekolah dulu…

Banyak kenangan manis dan sedih waktu sekolah dulu. hihihi….budak terlebih baikkan.

Paling tak boleh lupa waktu di tingkatan 4 dan 5. Dulu-dulu waktu sekolah saya suka duduk depan…senang nak tengok papan hitam…duk belakang mata rabun kang tak nampak…

Ada satu lagi rahsia suka duduk depan ni, kalau tidur dalam kelas cikgu tak nampak…memang port baik punya…

Mesti tak percayakan…. muka je baik…hihihi….

Saya memang tak boleh dengar orang ceramah atau bercakap kat depan, dan dan tu juga mata tu bagai di gam…memang tidur punya…. pastu bila orang macam nak perasan kita tidur, laju je terjaga sendiri.

Masa tingkatan 4 dan 5 ada satu subjek yang memang saya mesti tertidur masa cikgu ajar. Buatlah macam mana pun, memang tidur.

Pernah jadi, waktu cikgu mengajar kat depan, saya tertidur. Tiba-tiba saya bangun. Tak sampai 3 minit, tiba-tiba cikgu cakap, kenapa korang semua semua tidur… Bangun-bangun…tengok group depan ni, tak tidur pun. Dengar apa yang saya ajar.

Aduii…..sakit perut gelak… kawan-kawan yang kat belakang punya bengang kat saya sebab tak kena marah, padahal saya yang tidur dulu….

Tapi, sejak tu saya memang ada perasaan bersalah dan cuba berubah untuk tak tidur dalam kelas cikgu tu. Kadang-kadang berjaya kadang-kadang tertidur juga.

Tapi, alhamdulillah subjek tu saya lulus dengan cemerlang…

#tsunamishaklee

#superstarshaklee

#sahabatgua18

#pengedarshakleeputrajaya

#pengedarshakleecyberjaya

Pengedar Shaklee Putrajaya

016.255.4805

download10

Sumber Gambar : Google