Assalamualaikum, apa khabar semua? Keletah anak-anak yang mencuit hati kak sya. Bila ada anak ni, macam-macam keletah diorang yang menghiburkan hati kami suami isteri. Alhamdulillah, antara anugerah terindah dari Allah kepada kami suami isteri.

Anak kak sya baru dua orang, Harith dan hanis. Baru dua tapi macam-macam peel diorang ni. Ada je peristiwa lucu dengan dua beradik ni. Bila teringat mesti gelak. Hanis dengan cara dia, harith dengan cara dia. Dua-dua istimewa di hati ibu abah. Antara yang paling kak sya dan suami tak boleh lupa.

Harith

Antara moment yang paling tak boleh lupa ialah setiap kali 25 Disember mesti teringat Harith. Ada apa dengan 25 Disember. Benda ni jadi masa harith berumur 4 tahun.

Pada pagi 25 Disember, bangun pagi harith terus berlari ke tingkap. Sambil memerhati di luar tingkap, sambil kening berkerut dan harith garu kepala dia. Kak Sya terfikir, kenapa pulalah anak ibu ni bangun terus berdiri kat tingkap.

Ibu: Harith buat apa tu, harith cari apa.

Harith: ermmm….takde apa. Harith saja tengok luar ni.

Ibu: Harith meh kat ibu, harith cari apa sayang. Apa yang harith fikir.

Harith: Ibu, harith nak tanya boleh. Hari ni Krismas kan.

Ibu: aah.. cuti hari krismas. Kenapa?

Harith : kalau hari ni krismas kenapa tak de salji bu.

Ibu: ooohhh… patutlah anak ibu berlari ke tingkap ye. Nak tengok salji ye.

Harith : aahla, kan dalam tv tu kalau krismas ada salji turun.

Sampai sekarang setiap kali 25 Disember harith memang akan berdiri di tingkap pagi-pagi. Mungkin mengharapkan suatu hari nanti salji turun kat Malaysia. Ohhh… tidakkkk, ibu tak berharap nak. Takut ibu.

Hanis

Antara keletah hanis yang selalu buat ibu rindu ialah masa wean off dia. Wean off dengan hanis, di saat ibu tak betul-betul bersedia.

Jadi, kami memerlukan antara satu sama lain pada waktu tu untuk menyokong antara satu sama lain. Itu yang ibu rasa. Ibu cuba berlagak biasa, tapi hati ni menangis bila hanis minta. Rindu agaknya.

Pernah sekali, hanis tengok sepupu dia menyusu. Tiba-tiba hanis kata, ibu kakak dah besar kan, kakak pandaikan sebab kakak tak minum susu ibu dah kan.

Sambil peluk hanis, ye sayang kakak anak ibu yang baik, pandai dan solehah. Ibu sayang kakak.

Kakak, ibu tau apa kakak rasa dan ibu faham kerana ibu juga merasakannya.

Alhamdulillah, kita berjaya melaluinya bersama. Ibu bangga dengan kakak kerana ketabahan dan kekuatan jiwa yang kakak tunjukkan pada ibu.

Ibu dan abah sayang anak-anak ibu dan abah.