Pertama sekali saya ingin mohon maaf pada tuan punya resepi, saya jumpa di FB tidak perasan nama.

Saya tertarik dengan resepi ini, sebab cheese.Hehehe…sedapnya tengok tergoda. Tapi macam semua tahu saya tidak berani untuk buat kek ini dengan kondisi anak saya yang masih belum stabil.

Belum berani untuk ambil risiko. Kepada kawan-kawan yang sudah mencuba resepi ini, nanti komen sikit ye. Apa rasa, jadi atau tidak.

KEK LAPIS CHEESE

Bahan A:

2 Bungkus biskut marie perisa coklat – Lebih kurang 600 gram

500 ml susu segar (Panaskan)

 

Bahan B:

500 gram cheese cream

10 ml susu segar

1/2 cawan gula halus

 

Cara-caranya :

Bahan B:

  1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi sehingga kembang dan sebati, ketepikan
  4. Sediakan bekas yang dialaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper

Bahan A:

  1. Panaskan susu segar, (suam-suam) padamkan api
  2. Ambil sekeping-sekeping biskut dan celup ke dalam susu (suam-suam panas), terus susun dalam bekas
  3. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan
  4. Ulang proses melapis biskut, kemudian sapu lagi adunan cheese tadi.
  5. Ulang proses melapis biskut hingga habis, biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir
  6. Kemudian, kisar baki biskut yang ada, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut itu di atas lapisan cheese.
  7. Tekan-tekan sedikit permukaan tu, masukkan dalam peti sejuk. Biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

kek

Terliur tak tengok……Selamat mencuba.

p/s : dah cuba jangan lupa komen ye…..