KEBAIKAN SUSU IBU UNTUK BAYI DAN IBU

Post 199 of 224

Susu ibu merupakan makanan semulajadi yang dianugerahkan oleh Allah khusus untuk bayi. Susu ciptaan Allah ini sememangnya memenuhi khasiat semulajadi yang cukup untuk tumbesaran seorang anak.
Susu ibu ialah cecair yang dihasilkan secara semulajadi dan psikologi untuk bayi. Saintis telah menemui kelebihan-kelebihan terbaru yang ada pada susu ibu berbanding susu formula. Susu ibu kerap bertukar mengikut keperluan bayi.
Susu formula tetap sama tanpa mengira keperluan dan usia bayi. Susu ibu berubah berdasarkan usia bayi. Antara kebaikan yang dapat dinikmati oleh bayi, ibu, keluarga dan masyarakat jika ibu menyusukan anaknya ialah:
Kebaikan susu ibu kepada bayi.

  • Kandungan kolostrum yang terdapat dalam susu ibu di awal kelahiran merupakan imunisasi pertama bayi.
  • Susu ibu membantu mengurangkan masalah sistem penghadaman
  • Membantu mengurangkan masalah alergi
  • Membantu mengurangkan risiko obesiti dan juga diabetes untuk bayi apabila dewasa kelak
  • Membekalkan zat-zat dan juga sumber nutrisi untuk tumbesaran optimum
  • Menurut kajian bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik iaitu IQ yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5 poin berbanding dengan bayi yang menyusu susu ibu.

Kebaikan susu ibu kepada ibu

  • Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
  • Membantu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi
  • Menjarakkan kehamilan secara semulajadi
  • Mengurangkan risiko penyakit osteoperosis
  • Mengurangkan risiko kanser payudara, ovari dan uterine
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak

Kebaikan susu ibu kepada keluarga

  • Mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak perlu membeli susu formula
  • Mengurangkan kos perubatan kerana bayi kurang sakit
  • Merapatkan hubungan kekeluargaan

Kebaikan susu ibu kepada masayarakat

  • Mengurangkan kos untuk mengimport susu formula dari luar negara yang secara langsung akan membantu pertumbuhan ekonomi negara
  • Mesra alam sekitar iaitu mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan sebarang pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran
  • Menjimatkan kos perbelanjaan perubatan sesebuah negara merawat masalah seperti jangkitan telinga, cirit-birit dan masalah pernafasan yang sering berlaku kepada bayi dan kanak-kanak

 

#SayaJualShaklee

#Susuibu

pm@whatapp: 016-2254805

 

set penyusuan

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

MENU