Kaitan Gastrik Dan Sakit Dada. Apa kaitan gastrik dan sakit dada? Selalunya sakit dada dikaitkan dengan sakit jantung dengan tambahan perasa iaitu sesak nafas. Namun tedapat beberapa kemungkinan sakit dada juga disebabkan oleh gastrik. Rasa mencengkam pada bahagian jantung atau rasa sakit dada.

Kaitan Gastrik dan Sakit Dada

Mengapa Gastrik Datang Bersama Sakit Dada?

Terdapat 2 kemungkinan mengapa gastrik datang bersama sakit dada, ianya boleh berlaku sama ada serangan jantung ataupun ianya ialah simptom gastrik. Sebenarnya sangat sukar untuk membezakan kedua-dua perkara. Malah sering kali menyebabkan mereka yang diserang gastrik menjadi panik.

Sakit dada yang disebabkan oleh gastrik mempunyai beberapa tanda berikut yang boleh dijadikan panduan. Antaranya ialah:

  1. Sesak nafas atau sakit pada ulu hati tidak menyebar ke leher, bahu atau lengan, namun ianya boleh terjadi:
  2. Rasa terbakar di kawasan tulang dada atau tulang rusuk;
  3. Rasa sakit dibawah tulang dada. Kebiasaannya datang selepas makan, semasa bersenam, ketika berbaring atau mengalami kecemasan;
  4. Jarang berserta dengan peluh sejuk;
  5. Gejala gastrik akan reda setelah mengambil ubat gastrik atau antasid

Sakit dada yang mungkin disebabkan oleh serangan jantung. Terdapat beberapa tanda yang boleh dijadikan panduan, antaranya ialah:

  1. Rasa tekanan di tengah dada dan sesak. Rasa dada seperti diikat tali pinggang yang sangat ketat pada dada;
  2. Sesak nafas;
  3. Pening kepala;
  4. Sakit pada bahagian dada secara tiba-tiba atau bersama tekanan yang makin lama makin sakit;
  5. Selalu ianya disertai dengan peluh sejuk;
  6. Kesakitan hanya akan reda apabila diberi ubat nitrogliseri; dan
  7. Sakit boleh dirasai sehingga ke leher, bahu, lengan dan rahang.

Sering Sesak Nafas Dan Jantung Berdebar?

Sering sesak nafas dan jantung berdebar mungkin boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, pneumonia atau mungkin juga gejala daripada keaddan kegelishan yang teruk. Sesak nafas ialah keadaan dimana pernafasan kita menjadi pendek atau nafas kita tercungap-cungap.

Selain itu, berkemungkinan juga sesak nafas adalah disebabkan oleh gastrik. Bagaimana serangan gastrik boleh mengakibatkan sesak nafas?

Keadaan ini berlaku apabila angin di dalam perut menekan-nekan pada bahagian dada, sekaligus menyebabkan ketidakselesaan. Bagaimana mengelakkan masalah ketidakselesaan atau angin di dalam perut?

  1. Menjaga pemakanan dan diet seharian; dan
  2. Menjaga waktu makan agar teratur.

Kaitan Gastrik Dan Sakit Dada

Penawar Sesak Nafas Akibat Gastrik.

Penawar bagi sesak nafas akibat daripada serangan gastrik ialah dengan melakukan beberapa tips ini untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada perut lalu menyebabkan kita sesak nafas.

  1. Elakkan berbaring atau tidur sejurus selepas makan;
  2. Elakkan mengadap televisyen atau laptop selepas makan;
  3. Elakkan makanan pedas;
  4. Elakkan makanan di dalam tin;
  5. Elakkan dari makan makanan yang masam;
  6. Elakkan dari makan makanan yang berasid tinggi seperti oren;
  7. Elakkan dari minum minuman tinggi kafein seperti teh dan kopi;
  8. Elakkan dari minum minuman bergas;
  9. Elakkan dari tidur selepas makan;
  10. Elakkan dari berbaring atau bersandar selepas makan; dan
  11. Elakkan dari aktiviti merokok

Boleh juga mengamalkan makanan yang bersifat alkali seperti yang saya kongsikan pada artikel sebelumnya di sini 5 Cara Menghilangkan Gastrik Dengan Cepat.

Selain itu, boleh amalkan 5 Produk Gastrik Shaklee Yang Terbaik. Ini kerana saya sendiri dulu mengalami gastrik yang teruk selepas amalkan Set Gastrik Shaklee banyak perubahan. Malahan, gastrik sangat jarang menyerang dan saya rasa lebih sihat.

Gastrik jika dibiarkan boleh mengganggu rutin dan kerja kita. Malah, boleh mengundang pelbagai isu yang lain.

 

Boleh klik pada link ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Produk Gastrik Shaklee dan Simptom Gastrik Ulser Dan Cara Merawatnya.

Pos ke seluruh Malaysia 🇲🇾

Boleh COD ke sekitar Putrajaya dan Cyberjaya.

#superstarzfamily

#shakleeputrajaya

#pengedarshakleeputrajaya

 

Pengedar Shaklee Putrajaya/ Cyberjaya

http://saya.nak.la/0162254805/Pengedar%20Shaklee%20Putrajaya

Pengedar Shaklee Putrajaya