Gegata atau Kelopak Garam

Post 132 of 224

Ketika Hanis mula-mula kena gegata atau kelopak garam ni saya pening jap….

Kenapa badan hanis naik bintat-bintat macam kena gigit nyamuk penuh satu badan. Lepas tu, Hanis duk garu sampai berdarah pada tempat yang naik tu.

Sekarang baru saya tahu rupanya gegata atau kelopak garam ni memang gatal kalau kena….

Antara punca utama yang boleh menyebabkan gegata atau kelopak garam ni boleh jadi disebabkan oleh alahan atau bukan alahan. Bahan kimia yang menyebabkan gegata atau kelopak garam ni adalah histamine yang dihasilkan oleh tubuh kita.

Ini menyebabkan salur darah mengembang dan tisu di sekeliling tempat tersebut membengkak dan menyebabkan kegatalan.

Antara-antara simptom-simptom gegata atau kelopak garam ialah:

  1. Gatal dan kadang-kadang sakit
  2. Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk
  3. Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru
  4. Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam,
    tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.

Apakah yang menyebabkan gegata atau kelopak garam berlaku ialah:

  1. Ubat
  2. Sentuhan kepada allergik
  3. Makanan
  4. Radiocontrast
  5. Jangkitan
  6. Bisa binatang
  7. Sengatan
  8. Tekanan pada bahagian badan
  9. Cahaya matahari
  10. Sejuk

Antara rawatan yang boleh dilakukan apabila terjadi gegata atau kelopak garam ialah:

  1. Elakkan agen alahan tersebut. Sekiranya alah pada sebarang makanan, dinasihatkan jauhi makanan tersebut.
    Sekiranya alah pada sejuk, getah, rantai daripada emas atau perak, dinasihatkan elakkan daripada memakai barangan tersebut.
  2. Antihistamine seperti piriton, cetirizine, loratadine ataupun steroid seperti prednisolone.

Tapi saya tidak sapukan ubat yang mengandungi steroid tu pada anak saya. Apa yang saya buat ialah:

  1. Setiap kali selepas makan hanis akannaik gegata atau kelopak garam jadi saya sapukan dengan Herbal Blend herbal blend
  2. Kebetulan anak saya menyusu jadi apa saja orang bagi petua untuk gegata saya akan makan untuk anak saya dengan niat apa yang saya makan tu dapat menjadi ubat yang mujarab buat anak saya. Antaranya, saya ambil Alfafa Complex Shaklee, Vitamin C Shaklee dan Vivix Shaklee.
    gegata
  3. Itu antara ikhtiar kecil saya untuk buah hati saya tu.

hanis2

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

MENU