Assalamualaikum…

Ada yang bertanya kepada saya, kenapa ye saya diet tapi tak kurus-kurus. Dah usaha macam-macam untuk kurus.

Malah ada yang berhabis beribu-ribu ringgit masuk untuk masuk pelbagai slimming program. Sekejap sahaja turunnya. Naik berkilo-kilo…

Ada juga yang dah habis beratus-ratus ringgit untuk produk kuruskan badan. Tapi tak turun-turun.

Sebenarnya, nak kurus banyak benda yang perlu di korbankan. Contohnya, buang tabiat suka makanan berlemak, berminyak dan bergoreng.

download

 

Untuk memulakan projek menurunkan berat badan. Perkara pertama mulakan gaya hidup sihat. Elakkan makan makanan yang tidak sihat. Mulakan dengan mengambil lebih banyak buah buahan, sayur-sayuran, makan makanan yang direbus dan panggang sahaja.a8a795d57fa6ed24bc52ca3fa6d3df5d

Kedua, mulakan aktiviti-aktiviti seperti bersenam selama 15 minit sehari, berbasikal, main badminton atau apa sahaja aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.

images

Ketiga, banyakkan minum air masak lebih dari 3 liter sehari.

download (1)

 

Perhatikan apa yang kita ambil untuk mengelakkan diet kita jadi diet yo yo…

“Bukan senang nak kurus dengan sihat. Harus ada impian, matlamat, kesungguhan dan istiqamah….InsyaAllah pasti berjaya…Tapi nak gemuk senang je…”