CARA MENGHILANGKAN GEGATA ATAU KELOPAK GARAM UNTUK HANIS

Post 165 of 224

Assalamualaikum…saya nak kongsi kisah bagaimana cara menghilangkan gegata atau kelopak garam yang anak saya hanis alami…

Hampir 3 minggu selepas mengambil suntikan MMR atau suntikan setahun baru saya perasan kebarangkalian apa yang sedang anak saya lalui mungkin kesan dari suntikan tersebut….

Ingin saya tegaskan. Ini hanya pendapat saya, sebagai ibu dan berdasarkan kepada pembacaan saya berkaitan perkara ini. Saya yakin dengan apa yang dialami oleh anak saya adalah kesan dari cucuk tersebut.

Macam mana saya boleh terfikir ini adalah simpton atau kesan selepas suntikan tersebut.

Sebelum ini anak saya tidak pernah terkena alahan seteruk ini. Anak saya memang ada sedikit reaksi pada kulit dia jika kita beri dia cuba makanan yang dia belum biasa. Iaitu kulit Hanis akan naik merah-merah pada sekeliling bibir. Selepas seketika merah-merah tersebut akan hilang. Itu sahaja.

Tetapi reaksi tersebut bukan pada semua jenis makanan dan tidak teruk seperti sekarang. Hanya minor sahaja, maksudnya tompok merah akan hilang tanpa ada reaksi gatal dan hanya pada masak lemak atau nasi lemak sahaja. Yang lain tiada masalah.

Namun, selepas saya bawa anak untuk suntikan setahun, saya sangat pelik melihat anak saya selalu naik tompok-tompok merah macam gegata atau kelihatan seperti kelopak garam penuh satu badan. Malah dia merengek kerana gatal. Selalunya, merah-merah tersebut akan jadi selepas makan tetapi tidak serius. Hanya naik sedikit-sedikit kemudian hilang.

Sehingga satu hari saya ambil dari pengasuh, dan dia kata sangat banyak naik merah-merah pada seluruh badan Hanis dan mata dia kelihatan bengkak. Malah, ada kesan luka pada mata putih dia gara-gara menggaru akibat terlalu gatal.

Saya ada bawa anak saya ke klinik dan doktor menyatakan alahan, doktor hanya beri krim sapu dan minta saya pantau pemaknan yang anak saya makan supaya alahan tidak terlalu teruk.

Sedih dan sayu bila tengok anak, sebab dia pemakan orangnya. Apa sahaja kita makan mesti dia minta sikit. Sekarang, bila kena fikir banyak kali sebelum bagi anak makan rasa sedih sangat. Kesian pada dia.

Dengan rasa rendah diri dan penuh pengharapan saya ingin memohon bantuan, mohon doakan anak saya agar segera sembuh.

Sayu dan sedih rasa hati bila tengok anak jadi macam ni.

 

hanis2

 

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

MENU