Assalamualaikum…

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan puteri saya Hanis Syahirah..

Kalau dulu apa sahaja yang Hanis makan pasti akan menyebabkan seluruh badan Hanis akan naik gegata atau kelopak garam. Masa tu, hanya Allah yang tahu betapa runsing dan risaunya hati saya.

Hati ibu mana yang tidak bimbang, sebelum ini anak sihat tiada masalah kesihatan. Tiba-tiba jadi macam ni. Ujian dan dugaan untuk saya. Saya terima dengan ikhlas.

Saya mula mencari dan bertanya apa penyelesaian pada masalah anak saya. Mencuba pelbagai ikhtiar untuk sembuhkan Hanis.

Ketika pencarian jawapan untuk masalah Hanis, saya dipertemukan Allah dengan seorang doktor ketika saya bawa Hanis untuk check tangan Hanis.

Jawapan doktor tu, betul-betul melegakan hati saya. Kebetulan gegata tersebut naik. Jadi saya tunjukkan pada doktor tersebut.

Menurut apa yang saya faham, memang ada kes seperti Hanis. Tapi sangat terpencil. Memang ramai doktor yang tidak arif tentang alahan ni.

Menurut doktor tersebut, Hanis mengalami alahan selepas MMR saya tak ingat apa nama alahan yang disebut doktor tersebut. Alahan tersebut hanya berlaku jika Hanis mengambil makanan yang menyebabkan tubuh Hanis memberikan reaksi yang tidak sepatutnya.

Tapi apa yang melegakan hati saya ialah menurut doktor tersebut alahan ini biasanya akan hilang 6 bulan selepas suntikan dan biasanya alahan begini tidak merbahaya. Namun masih perlu di awasi dan dipantau untuk keselamatan Hanis.

Namun sekiranya alahan tersebut masih berterusan selepas 6 bulan. Doktor tersebut meminta saya membawa Hanis untuk dirujuk kepada pakar kanak-kanak atau pakar kulit untuk pemeriksaan lanjut dan melakukan ujian darah khas untuk mengenalpasti apa alahan Hanis.

Pesannya, datang berjumpa doktor ketika gegata tersebut tengah naik macam sekarang untuk doktor lihat.

Saya bersyukur dikelilingi dengan ibu-ibu hebat dari group jutawan Shaklee saya. Masya Allah….sokongan dari mereka membuatkan saya semakin kuat.

Melalui mereka saya mengetahui ada produk Shaklee yang boleh membantu Hanis. Kerana masalah tertentu saya tidak dapat mengadakannya untuk Hanis.

Alhamdulillah dengan bantuan dari Allah saya dapat beli produk tersebut. Saya mula mengambil produk tersebut tawakal pada Allah. Semoga dipermudahkan usaha kecil saya.

Alhamdulillah, sekarang saya bersyukur dengan izin dari Allah Hanis sudah mula menampakkan perubahan positif.

Saya makan produk Shaklee tersebut untuk anak saya. Ya….anak saya masih menyusu. Saya yakin khasiat tersebut pasti akan sampai pada anak saya.

Sudah hampir 3 bulan saya ambil produk Shaklee tersebut untuk Hanis. Walaupun belum sembuh sepenuhnya, saya bersyukur.

Kini, Hanis sudah boleh mengambil beberapa jenis makanan tanpa keluar gegata atau kelopak garam. Namun, masih dalam pemantauan saya.

Kalau sebelum ni, Hanis seperti trauma untuk makan. Kini, Hanis sungguh gembira mencuba dan meneroka alam makanan.

Setiap kali makan saya dapat melihat senyuman di bibir Hanis. Adakala Hanis akan bertepuk tangan jika saya masak makanan kegemarannya.

Alhamdulillah….Dengan Izin Allah Hanis semakin pulih. Gegata atau kelopak garam tu dah semakin kurang. Hanya sesetengah makanan sahaja yang akan buat gegata atau kelopak garam tersebut naik.

Alhamdulillah…terima kasih semua, kerana mendoakan kesihatan anak saya.

PicsArt_1427392416692