Cara Hentikan Bayi Menangis.

Post 13 of 221

Assalamualaikum, Apa khabar semua? Hari ni sya nak kongsi dengan semua bagaimana cara hentikan bayi menangis.

Sya rasa ramai ibu-ibu muda di luar sana yang pertama kali atau pengalaman pertama dengan bayi korang kan. Bila bayi menangis dah buat macam-macam masih menangis lagi. Betul tak. Mesti panik dan tak tentu arah dibuatnya bila bayi menangis.

Sya faham perasaan tu, sebab sya sendiri alami perkara tu, Tapi, rezeki sya kot sebab kakak angkat sya banyak membantu. Jadi, sya nak kongsi dengan semua apa yang sya buat untuk berhentikan bayi menangis.

  1. Sekiranya bayi menangis, periksa sama ada bayi lapar atau tidak. Kenal pasti bunyi yang bayi keluarkan ketika lapar.  Jika, baru lepas menyusu boleh jarakkan dalam setengah jam atau sejam untuk disusukan semula.
  2. Periksa samaada lampin bayi basah atau bayi membuang air besar.
  3. Jika semua diatas dah buat, ada satu lagi cara. Ibu baring dan letakkan bayi di dada ibu. Sambil berbual dengan bayi. Biarkan bayi beberapa minit di dada ibu. Biasanya bayi akan mula tenang dan diam.

Kenapa kena letak di dada? Ini kerana bayi berada di dalam rahim selama 9 bulan dan bayi dah terbiasa dengan bunyi bising yang terhasil dari tubuh ibu. Bunyi jantung berdegup, bunyi ibu bernafas, dan bunyi macam-macam lagi di sana. Yang hanya Allah dan bayi sahaja tahu.

Apabila berada diluar bayi rasa tidak selamat, rasa sangat luas dan bayi ni takut. Itulah antara sebabnya.

Untuk ibu-ibu, setiap bayi mengeluarkan bunyi untuk memberitahu kita samaada bayi lapar, lampin basah, bayi takut atau resah. Cuba dengar dan kenal pasti bunyi tersebut. Jadi, bila bayi menangis, korang dah tahu nak buat apa.

 

Selamat Mencuba!!!!

 

Pengedar Shaklee Putrajaya (Sya)

016.225.4805

 

 

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

1 comment:

Fatin MazelanJanuary 4, 2017 at 10:35 amReply

walaupun saya dah tahu cara nak tenangkan baby tapi tiap kali anak nangis mesti panik….waaaaaa!

MENU