Brokoli Mampu Cegah Kanser

Post 167 of 224

images2

Adakah kita kenal dengan sayur di atas ini? Menurut kajian mendapati bahawa sayur sayuran seperti brokoli dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing. Ia lebih berkesan sebanyak 2 hingga 3 kali ganda kepada lelaki berbanding wanita.

Para saintis menganalisis diet hampir 50 000 orang lelaki dan mendapati bahawa mereka yang makan 5 hidangan atau lebih brokoli pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser pundi kencing selama 10 tahun berbanding yang tidak memakannya.

Betul atau tidak jom kita tengok apa yang istimewanya brokoli. Brokoli, kobis hijau atau Brasica Oleracea L dalam bahasa latin mengandungi air, diindolimetana, glukorafanin, indol-3-karbinol, karotenoid, sulforafan, karbohidrat, alkaloid, serat, kalium, zink, fosforus, magnesium, kalisum, protein, gula dan vitamin C.

Selain itu, memakan brokoli dapat mempercepatkan penyembuhan penyakit dan mencegah pertumbuhan sel kanser paru-paru. Ia juga dapat menghindarkan diri dari pelbagai penyakit termasuk penyakit barah, serangan jantung, strok dan penyakit osteoporosis bagi wanita. Ia juga boleh dijadikan sebagai awet muda dan kaya dengan antioksidan dan penyedap selera makan.

Ada apa dengan brokoli? Apa yang terkandung dan apa manfaat brokoli untuk kesihatan kita?

Brokoli mengandungi nutrisi yang cukup lengkap. Ia mengandungi beberapa vitamin seperti vitamin A, B, C, K, dan mineral seperti kalsium juga zat besi. Selain itu, Kandungan serat dan antioksidan yang terdapat di dalam brokoli sangat bagus untuk kesihatan.

Antara Manfaat Brokoli kepada kesihatan

Kandungan nutrisi yang sangat banyak di dalam brokoli menjadikan ia sayuran yang sangat bagus untuk kesihatan. Antaranya ialah :

1. Mencegah kanser

Brokoli mampu untuk menyahkan toksin dalam tubuh dan memiliki sifat pencegahan terhadap kanker payudara, usus besar, dan kanser ovari. Ini kerana kandungan indole dan isothiocyanate, fitokimia terdapat di dalam brokoli. Satu kajian terbaru yang dilakukan di University of Illinois menemui bahwa sifat anti kanser brokoli dapat ditingkatkan jika digabungkan dengan makanan pedas yang mengandung enzim myrosinase, seperti lobak, mustard, dan wasabi.

2. Membantu Menurunkan berat badan

Brokoli sangat sesuai untuk mereka yang sedang menurunkan berat badan atau berdiet. Ini kerana brokoli merupakan sayuran yang rendah karbohidrat, mengandungi serat yang tinggi serta mampu membuatkan kita merasa kenyang dengan lebih lama.

3. Membantu Mencegah penyakit jantung

Menurut kajian dengan pengambilan brokoli mampu untuk menjaga kesihatan jantung dan mampu untuk mencegah penyakit jantung.

4. Baik Untuk Kesihatan mata dan kulit

Brokoli mengandungi Vitamin A dan lutein yang baik untuk kesihatan mata. Kandungan glucoraphaninnya yang terdapat di dalam brokoliĀ  dapat membantu membaiki kerosakan kulit akibat sinaran matahari atau proses penuaan.

5. Mencegah sembelit

Kandungan serat yang tinggi pada brokoli dapat membantu penderita sembelit melancarkan pembuangan air besar dan menjaga kesihatan pencernaan secara umum.

6. Mencegah penyakit kardiovaskular

Beberapa kajian menunjukkan bahawa vitamin B6 dan folat yang terkandung dalam brokoli memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan strok.

7. Mengawal tekanan darah

Brokoli juga membantu menjaga sistem saraf yang sihat dan menyeimbangkan efek natrium pada tekanan darah. Selain itu, kandungan potasiumnya mampu membantu menstabilkan tekanan darah, menjaga sistem saraf dan otak.

8. Menjaga kesihatan tulang

Brokoli merupakan sayuran yang memiliki kandungan kalsium serta Vitamin K yang bagus untuk kesihatan tulang, gigi dan mencegah osteoporosis.

9. Mencegah Tekanan

Kajian menunjukkan bahawa kekurangan folat boleh menyebabkan seseorang itu mudah mengalami depresi, kelelahan, daya ingat yang buruk, dan masalah mental yang mungkin lebih serius seperti skizofrenia. Brokoli merupakan sumber folat dan vitamin B yang baik. Hal ini terbukti dapat mencegah depresi dan mengawal emosi.

10 Meningkatkan sistem imun tubuh

Menurut Elizabeth Somer, pakar kesihatan dan makanan, brokoli mengandungi kadar tinggi vitamin C, yang dapat meningkatkan sistem imun tubuh dan membantu melawan infeksi. Selain itu, brokoli terdiri dari fitonutrien dan fitokimia, termasuk sulforaphane, yang membantu mengeluarkan racun dari dalam tubuh dan menguatkan daya tahan badan terhadap jangkitan selsema.

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

MENU