• Mendengar isteri membebel di rumah, itu beerti aku masih punya keluarga.
  • Mendengar suami masih berdengkur di sebelahku, itu beerti aku masih punya suami
  • Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas, itu beerti aku masih punya mak dan ayah
  • Merasa letih setiap petang selepas penat bekerja, itu beerti aku masih mampu bekerja keras
  • Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tetamu di rumah, itu beerti aku masih punya teman
  • Pakaianku terasa agak sempit dan ketat, itu beerti aku masih cukup makan.
  • Mencuci dan menyeterika pakaian, itu beerti aku masih memiliki pakaian
  • Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu beerti aku masih memiliki tempat tinggal
  • Mendapat banyak tugasan, itu beerti aku dipercayai dapat melakukannya
  • Mendengar bunyi ekzos dan hon, itu beerti aku masih boleh mendengar
  • Mendapat banyak komplen daripada pelanggan itu menandakan bahawa pelanggan kita masih ada, masih setia dan menginginkan kita menuju perubahan ke arah lebih baik
  • Mendengar bunyi Azan di pagi hari, itu beerti aku masih hidup

 

Akhirnya banyak perkara yang dapat kita syukuri setiap hari. Berhentilah mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan tiada alasan untuk tidak bersyukur.