Atasi Selsema dan Batuk Berkahak dengan Minyak Bawang Putih

Post 133 of 224

Assalamualaikum…

Hari ini saya nak berkongsi cara saya buat minyak bawang putih…maklumlah saya ni old fashion sikit…

Minyak bawang putih ni…saya selalu buat bila anak saya yang kecil tu batuk berkahak atau selsema…

Teknik ini sangat berkesan pada saya sebab walau macam mana teruk pun kena selsema kalau kita kerap sapu pada anak kita, insyaAllah cepat je kering atau baik selsema dan batuk berkahak.

Ok saya apa yang saya buat ialah:

  1. Saya ambil beberapa ulas bawang putih dan kupas buang kulit bawang putih. Macam dalam gambar di bawah ni.
    CYMERA_20150410_134222
  2. Kemudian saya bakar bawang putih tersebut sampai bawang putih tersebut masak atau ikut suka nak buat sampai hitam pun tak pe.CYMERA_20150410_134312
  3. Lepas dah bakar bawang putih. Letak dalam bekas dan lenyekkan bawang putih tu.CYMERA_20150410_134401
  4. Selepas dah lenyek atau hancurkan. Ambil minyak zaitun atau minyak masak campurkan sekali dengan bawang putih tu. Lepas tu gaulkan sekali macam dalam gambar ni.CYMERA_20150410_134502

* Paling bagus buat minyak bawang putih ialah dengan minyak zaitun sebab saya pernah buat untuk anak saya memang sekejap je selsema dia baik dan kering.

* Cuma kalau pakai minyak zaitun untuk buat minyak bawang putih, minyak tersebut tak tahan lama.

Ok. Bila dah siap minyak bawang putih, sapukan pada dada, belakang, ubun-ubun dan tapak kaki anak.

Sapu dengan kerap, InsyaAllah anak cepat baik selsema atau batuk berkahak.

Selamat Mencuba!!!!

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

MENU