Apakah 5 nutrisi penting untuk anak

Post 81 of 224

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua…

Hari ni sya nak share pasal kepentingan nutrisi kepada anak-anak. Kita sebagai ibu atau bapa memang kalau boleh nak anak mendapat nutrisi sepenuhnya. Jadi, bagaimana kita nak pastikan apa nutrisi yang anak kita perlukan.

Pastikan 5 nutrisi ini ada dalam menu yang kita hidangkan untuk anak kita setiap hari agar tumbesaran mereka tidak terjejas.

1. Kalsium

Kalsium sangat baik untuk tubuh kerana berfungsi untuk menguatkan otot, mengekalkan penghasilan tenaga dan menguatkan jantung. Selain itu, kalsium juga dapat menguatkan tulang dan mengelakkan anak daripada risiko tekanan darah tinggi. Kalsium boleh didapati daripada susu, produk tenusu, buah-buahan dan sayur sayuran.

2. Magnesium

Sebagai salah satu nutrien yang penting, pengambilan magnesium yang mencukupi banyak faedahnya. Antaranya ialah memperbaiki kemampuan jantung, mengekalkan sistem imunisasi tubuh, meningkatkan penghasilan tenaga dan membina tulang yang sihat. Hntuk memastikan anak mendapat magnesium yang mencukupi, berilah mereka makanan sayuran hijau, kekacang dan gandum.

3. Serat

Pengambilan makanan yang kaya serat baik untuk sistem penghadaman anak. Bukan itu sahaja, malah serat dapat membantu mengelakkan anak daripada serangan penyakit jantung, malah kolestrol, tekanan darah tinggi dan memastikan berat badan anda berada dalam linkungan yang sepatutnya. Antara makanan yang tinggi kandungan seratnya ialah bijirin sarapan pagi, sayur-sayuran dan buah-buahan.

4. Vitamin D

Vitamin D sangat baik untuk sistem imunisasi anak agar dia tidak mudah dijangkiti penyakit. Vitamin D juga membantu meningkatkan pertumbuhan dan kekuatan tulang anak. Vitamin jenis ini boleh didapati dengan mudah daripada ikan dan susu.

5. Vitamin E

Untuk mengelakkan daripada serangan radikal bebas, pastikan anak mendapat vitamin E yang secukupnya. Vitamin ini juga membantu membina sistem imunisasi badan dan mengekalkan metabolisme. Vitamin E terdapat dalam makanan sayuran hijau seperti bayam.

Artikel petikan Majalah Pa&Ma.

Oohhh ya…. kalau rasa-rasa tak pasti cukup ke nutrisi yang kita bagi pada anak kita, sya ada produk yang di jamin berkesan, selamat dan mesra alam. Boleh hubungi sya di 016-2254805.

Pengedar Shaklee Putrajaya

016-2254805

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

MENU