Apa itu Zinc dan Kebaikkannya

Post 143 of 224

Apa itu Zinc?

Zink merupakan mineral paling penting yang terkandung dalam sel tubuh kita. Zinc bertindak mengaktifkan hampir 100 jenis enzim, iaitu bahan-bahan yang mencetus tindak balas biokimia dalam tubuh kita.

Zinc amat penting bagi mereka yang mengamalkan diet yang seimbang. Dalam sehari kita memerlukan lebih kurang  4-14 mg sehari.

Zinc boleh didapati daripada pengambilan makanan-makanan seperti:

  • Daging
  • Organ dalaman seperti hati
  • Roti
  • Kekacang
  • Bijirin seperti gandum
  • Makanan laut seperti kerang dan ikan
  • Susu dan produk tenusu seperti keju
  • Ragi
  • Telur

Namun begitu walaupun kita mengambil zinc seperti kuantiti yang dicadangkan, hanya 10-40% sahaja yang akan di serap ke dalam tubuh.

Ini kerana jumlah zinc yang diserap oleh tubuh bergantung kepada sumber asal zinc tersebut. Ini disebabkan oleh serat yang mengikat zinc di bahagian usus sehingga ianya tidak dapat diserap dengan baik.

Terdapat beberapa tanda-tanda kekurangan zinc yang boleh kita lihat, antaranya adalah:

  • Keguguran rambut
  • Kelesuan dan keletihan melampau
  • Pertumbuhan badan yang lambat
  • Penyembuhan luka yang lambat
  • Tidak mempunyai selera untuk makan
  • Turunnya kadar kesuburan bagi lelaki
  • Terganggunya proses pembentukan sperma
  • Terganggunya fungsi organ testikular lelaki
  • Tidak mampu merasa dengan baik (lidah)
  • Tidak dapat melihat dengan baik dalam keadaan samar dan gelap

zinc

Zinc Complex Shaklee

Zinc Complex

Zinc Complex Shaklee membekalkan zink iaitu bahan utama untuk kesihatan yang sempurna dan amat diperlukan untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Zinc Complex juga merupakan sumber kalsium yang berkualiti untuk kesihatan keseluruhan badan anda.*

Terdapat pelbagai faedah yang boleh diperolehi daripada Zinc Complex Shaklee kerana kepelbagaian fungsi yang dimilikinya, antaranya:

Ekzema

Ekzema atau ‘dermatis atopik’ ialah gangguan keradangan kulit yang kronik. Ini berlaku kerana kekurangan zinc dalam badan. Zinc memainkan peranan penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan sembuh dengan sempurna.

Penjagaan Kulit

Menurut kajian zinc berkesan untuk menyembuhkan jerawat dan zinc lebih berkuasa daripada placebo . Malah turut berkuasa daripada penggunaan ubat-ubatan.

Jerawat

Zinc penting untuk memudarkan dan menghilangkan jerawat daripada kulit muka. Ia bertindak mengawal dan menyelia jumlah testosterone di dalam tubuh yang menyebabkan jerawat. Ia juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu untuk menormalkan jumlah minyak kulit yang dihasilkan dan mengekalkan kulit yang sihat.

Penyembuhan Luka

Kekurangan Zinc boleh menyebabkan luka lambat pulih. Tubuh manusia memiliki beberapa enzim yang bergantung pada zinc. Zinc menggalakkan sintesis kolagen dan seterusnya membantu dalam pemulihan luka.

Kelesuan Kronik

Individu yang mengalami keletihan yang kronik di cadangkan untuk mengambil minyak ikan. Namun dengan situasi sekarang, meminum minyak ikan adalah sangat sukar. Walaubagaimanapun, di dalam Zinc Complex Shaklee, pengambilan secara tablet amat memudahkan. Malah, doktor atau pakar perubatan hanya menyarankan Zinc bagi mencegah keletihan kronik.

Mengandung

Zinc penting di dalam pembaikan DNA dan fungsi DNA. Zinc diperlukan untuk mempercepatkan pertumbuhan sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

Jangkitan

Zinc membantu dalam penyembuhan luka, menggalakkan pertumbuhan janin dan meningkatkan imuniti. Zinc juga membantu dalam melindungi kita daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru.

Botak

Kehilangan rambut bagi semua golongan adalah tinggi. Pengambilan diet yang mengandungi Zinc sangat diperlukan bagi mencegah masalah ini. Malah, Pakar Rambut dari Yun Nam Hair Care juga menyarankan mereka yang mengalami masalah rambut untuk memperbanyakkan pengambilan ‘Peanut Butter’ kerana ia kaya dengan Zinc.

Antioksidan

Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisma karbohidrat.

Kesihatan Prostat (kelenjar dalam system repoduksi lelaki)

Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan Zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser. Pengambilan Zinc amatlah perlu dalam mencegah kanser prostat. Zinc juga penting bagi penghasilan sperma yg sihat, berkualiti dan amat penting bagi pasangan yang inginkan cahaya mata.

Pembiakan

Bagi kaum lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks.
Bagi kaum wanita, ia membantu dalam fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

Fungsi Biologi

Zinc berperanan dalam fungsi biologi seperti kawalan tahap penyakit kencing manis, rintangan imin, tahap strees, pertumbuhan fizikal, pembiakan, bau dan rasa, pertubuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

Aturan Enzim

Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sintesis protein, sel, DNA, tahap hormon, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan Zinc.

Kehilangan Tulang

Perkara ini akan terjadi apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zinc mempunyai komponen hydroxypatite iaitu garam dan membuatkan matriks tulang menjadi kuat dan keras.

Buta Malam

Zink juga mampu memperbaiki penglihatan. Adalah dinasihatkan dan digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan Zinc seperti kambing, daging lembu, tiram dan ketam.

Siapakah yang perlu mengambil Zinc Complex Shaklee?

Zinc Complex Shaklee sangat diperlukan oleh:

  1. Wanita yang melahirkan anak. Zinc membantu dalam proses pengecutan rahim di samping mempercepatkan proses penyembuhan luka di sekitar kawasan kelahiran samada kelahiran secara pembedahan atau secara normal.
  2. Mereka yang memerlukan pertumbuhan yang pesat. Zinc Shaklee sesuai diambil oleh kanak-kanak berusia 13 tahun dan ke atas bagi membantu pertumbuhan tubuh mereka
  3. Mereka yang mengalami masalah keguguran rambut. Zinc mengaktifkan 20 jenis enzim yang dapat membantu regenerasi sel dan memelihara pertumbuhan rambut
  4. Mereka yang menjalani pembedahan bagi membantu penyembuhan luka dengan cepat
  5. Wanita yang menyusukan bayi mereka
  6. Lelaki yang mempunyai masalah kesuburan. Zinc bertindak meningkatkan bilangan sperma, melindungi sperma dan menjaga ciri-ciri fizikal sperma supaya tidak menjadi abnormal.
  7. Lelaki yang mempunyai masalah hormon testerone. Zinc sangat penting dalam proses pembentukan hormon testerone dan memberi tenaga supaya sperma lebih aktif bergerak menuju ke ovum.
  8. Mereka yang minum alkohol. Alkohol mengurangkan jumlah zinc dalam badan dan menghalang fungsi penyerapan zinc.
  9. Vegetarian. Mereka yang tidak mendapat sumber zinc dari daging boleh mendapatkan dari kekacang dan bijirin namun jumlah zinc yang diperlukan oleh tubuh tidak dapat dipenuhi sepenuhnya. Zinc Complex Shaklee boleh membantu memberikan zinc yang diperlukan oleh tubuh kita.

PENTING : Zinc Compplex Shaklee mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap Lupus Eritematosus Sistemik atau SLE perlu berbincang dan mendapatkan khimat nasihar daripada doktor sebelum mengambil produk ini.

 

Bagaimana untuk Memiliki Zinc Complex Shaklee?

Mudah je…..

Hubungi saya di talian 016-2254805 atau emailkan sebarang pertanyaan ke syasya1411@gmail.com

Hubungi Kami segera!

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

MENU