Anak disahkan HFMD atau Hand, Foot Mouth Desease?

Perkara pertama yang ibu perlu  buat ialah tarikk nafas dan jangan panik. Doakan yang baik-baik sahaja untuk anak kita.

Antara perkara-perkara yang perlu dibuat dengan segera oleh ibu bapa selepas anak-anak disahkan terkena jangkitan HFMD ialah :

  1. Pastikan anak-anak dikuarantin di rumah selama seminggu, elakkan membawa anak ke tempat awam pada ketika ini. Ini kerana pada waktu ini anak-anak kita akan menyebarkannya kepada orang lain.
  2. Balik rumah kemas, mop dan cuci keseluruhan rumah dan semua perkakas rumah dengan dettol atau pencuci pembasmi kuman.
  3. Rendam dan basuh semua alat permainan anak dengan dettol atau pencuci pembasmi kuman.
  4. Pastikan ibu atau bapa yang menjaga atau mempunyai kontek terus dengan anak yang terkena HFMD untuk menjaga kebersihan terutama selepas bersentuhan dengan anak tersebut. Seperti mencuci tangan selepas bersentuhan dengan anak tersebut. Ini pula bertujuan agar mereka yang menjaga pesakit HFMD tidak dijangkiti virus HFMD. (Jangan ingat orang dewasa tidak kena HFMD tau. Risiko masih ada dan memang ada kes yang ibu bapa juga terkena HFMD semasa menjaga anak yang dijangkiti HFMD) Mohon ambil berat.
  5. Selepas anak sembuh atau bebas dari HFMD perkara pertama yang perlu dibuat ialah rendam dan basuh kembali alat permainan anak dengan dettol atau pencuci pembasmi kuman.
  6. Selain itu selepas anak bebas atau sembuh dari HFMD kemas, mop dan cuci keseluruhan rumah dan semua perkakas rumah dengan dettol atau pencuci pembasmi kuman. Ini bertujuan supaya anak kita tidak terkena jangkitan HFMD buat kali kedua.

Itu sahaja perkara yang perlu dilakukan sekiranya anak kita terkena HFMD, jangan risau yang penting jaga kebersihan. InsyaAllah risiko untuk anak terkena jangkitan HFMD semula selepas sembuh dapat dikurangkan.

hfmdhfmd2