Saya menemui video ini semasa saya scroll news feeds di facebook. Lihat bagaimana anak ini menghafal Al-Quran dengan meenggunakan gerakan tangan.

Mungkin kawan-kawan pernah melihatnya. Malah mungkin telah lama diviralkan dan saya beru menemuinya. Tetapi saya tetap ingin berkongsi dengan kalian. Lihatlah video ini sehingga habis.

Kerana di penghujungnya ada kata-kata nasihat untuk kita sebagai anak dan juga sebagai ibu dan bapa.

Berkali-kali saya melihat video ini. Setiap kali melihatnya pasti banjir….

Ya Allah berkatilah kedua ibu bapa saya dan arwah ibu bapa mertua saya. Sesungguhnya saya sayang kepada mereka. Ampunkanlah dosa mereka.

 

https://www.youtube.com/watch?v=dFcYpNp-lII