5 Tips ‘Wean Off’ Atau Bercerai Susu Badan.

Post 2 of 223

Assalamualaikum, hari ni kak sya nak berkongsi 5 tips ‘wean off’ atau bercerai susu badan. Semua ibu-ibu akan melalui fasa ‘wean off’ atau bercerai susu badan. Fasa ‘wean off’ atau bercerai susu badan pada kak sya adalah fasa terakhir dalam penyusuan susu ibu. Ianya adalah perjalanan terakhir di dalam penyusuan susu ibu.

Fasa ini cukup penting pada kak sya, kerana ianya berkaitan dengan mental, fizikal dan emosi kepada ibu dan anak. Kak sya ingin berkongsi bagaimana kak sya berjaya ‘wean off’ atau bercerai susu badan dengan along selepas beberapa usaha untuk ‘wean off’ atau bercerai susu badan tidak berjaya.

Masa tu memang banyak petua kak sya cuba dan buat, tapi tak menjadi dengan along. Budak cerdik ni, ada je alasan dia kan.

Bagaimana cara kita nak ‘wean off’ atau bercerai susu dengan anak. Ini antara 5 tips ‘wean off’ atau bercerai susu badan yang boleh korang semua cuba tips ni. Tips ini adalah berdasarkan pengalaman kak sya ketika bergelut untuk ‘wean off’ atau bercerai susu badan dengan along.

1.  Persediaan mental, fizikal dan emosi.

Persediaan mental, fizikal dan emosi di antara ibu dan anak. Tanya diri adakah korang dah bersedia untuk melangkah ke fasa terakhir dalam penyusuan iaitu ‘wean off’ atau bercerai susu badan. (Ibu kena bersedia juga ye sebab anak tak boleh selamanya menyusu dengan ibu).

2. Jangan offer dan kurangkan Directfeeding

Untuk permulaan wean off, jangan bagi atau jangan offer directfeeding jika anak tak minta. Biasanya anak akan minta directfeeding apabila dia nak tidur atau dia rasa tidak selamat. Ibu-ibu mesti tahu kan sehari berapa kali dan pukul berapa anak akan minta untuk directfeeding.

Macam mana nak kurangkan directfeeding. Katakanlah anak biasa directfeeding sehari 3 kali. Setiap kali anak minta alihkan perhatian dia dari nak directfeeding.

Pada masa ni, alihkan perhatian anak kepada perkara lain. Contohnya, ajak anak bermain bersama, ajak bercerita atau bersembang, ajak makan atau ajak buat kerja rumah bersama.

Biasanya anak akan lupa lebih kurang 4-5 jam. Cuba kurangkan dari 3 kali kepada 2 kali, buat selama 7 hari. Jika perlu tambah hari, ibu boleh tambah.

Setiap kali nak kurangkan jumlah directfeeding pastikan ibu peka dengan perubahan anak. Samaada anak nampak seperti biasa atau anak mula menunjukkan tanda memberontak. Bila anak mula ada tanda-tanda memberontak, kalau boleh jangan kurangkan lagi jumlah directfeeding.

3. Sekali direct feeding sehari.

Bila dah sampai tahap ni, anak hanya menyusu sekali iaitu directfeeding ketika malam waktu nak tidur. Pada fasa ini cuba buat aktiviti dengan anak semasa ibu hendak tidurkan anak. Contohnya berbual dengan anak, bacakan buku cerita pada anak sehingga terlena sendiri.

Mula-mula selang sehari selama 3 hari ke 7 hari. Bila nampak anak ok, teruskan kurangkan kepada 2 hari sekali. Sama juga 3-7 hari. Kurangkan lagi dengan cara macam yang kak sya ajarkan tu. Sentiasa perhatikan perkembangan anak, samaada anak bolen terima atau tidak.

Sampai satu tahap anak akan mula lupa untuk minta directfeeding sebelum tidur. Jika, anak dah petah berkata-kata dia akan cakap dia dah besar dan dia taknak dah.

4. Jaga emosi.

Pastikan juga korang jaga emosi ketika fasa ni, kerana anak boleh rasa apa yang kita rasa. Bila kita hantar signal yang begitu pada anak, itu yang menyebabkan anak susah untuk ‘wean off’ atau bercerai susu badan.

5. Peluk anak sekerap yang boleh.

Peluk anak sebanyak yang boleh ketika fasa ‘wean off’ atau bercerai susu badan ini berlangsung. Bagitahu anak betapa kita sayang pada dia. Walaupun dia dah tak menyusu dengan kita, kita tetap sayang dia tanpa syarat. Katakan padanya bila-bila masa dia perlukan kita untuk rasa selesa dan selamat dia boleh datang dan peluk kita.

 

Kak sya buat mcm ni sebab kak sya tak kuat nak ‘wean off’ atau bercerai susu badan dengan along masa tu. Buat macam ni supaya kak sya dapat terima perlahan-lahan anak dah besar, you have to let it go…

Selamat Mencuba.😊😊😊

 

 

Pengedar Shaklee Putrajaya

016.225.4805

 

 

This article was written by Syasya

Shaklee Independent Distributors... SID NO : 1105044

MENU